Robert Kuok Kekal Orang Paling Kaya Dalam Malaysia Di Usia 102 Tahun

Jumlah bilionair dalam senarai Forbes terus meningkat tahun ini dengan pertambahan 400 orang berbanding 2025.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hartawan hotel dan hartanah, Robert Kuok, 102, sekali lagi diletakkan sebagai individu terkaya di Malaysia berdasarkan senarai bilionair dunia Forbes terkini

Menerusi laporan FMT, Kuok yang berpangkalan di Hong Kong berada di kedudukan ke-204 dengan kekayaan bersih AS$14.2 bilion (RM55.7 bilion), menjadikannya rakyat Malaysia di kedudukan tertinggi dalam senarai tahunan berkenaan menurut laporan data Forbes.

Meskipun kedudukan rankingnya merosot berbanding tangga ke-101 pada tahun sebelumnya, kekayaan beliau tetap meningkat daripada AS$12.1 bilion (RM47.5 bilion) pada tahun lalu.

Seramai 14 lagi rakyat Malaysia turut disenaraikan bersama Kuok dalam senarai berkenaan.

SAYS.com

Robert Kuok

Image via Harian Metro

Jumlah bilionair dalam senarai Forbes terus meningkat tahun ini dengan pertambahan 400 orang berbanding tahun lalu

Jumlah kekayaan keseluruhan pula mencecah rekod tertinggi AS$20.1 trilion (RM78.9 trilion), iaitu peningkatan AS$4 trilion (RM15.7 trilion) berbanding tahun lalu.

Peneraju teknologi terus mendominasi senarai terbabit dengan Elon Musk berada di tempat pertama (AS$839 bilion atau RM3.32 trilion) diikuti Larry Page (AS$257 bilion atau RM1.02 trilion) dan Sergey Brin (AS$237 bilion atau RM938.5 bilion) daripada Google, Jeff Bezos daripada Amazon (AS$224 bilion atau RM887.04 bilion) serta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg (AS$222 bilion atau RM879.12 bilion).

Kuok diekori oleh Quek Leng Chan daripada Hong Leong (tangga ke-486, kekayaan bersih AS$7.6 bilion RM29.8.72 bilion), pengasas 99 Speed Mart Holdings Bhd, Lee Thiam Wah (tangga ke-595, AS$6.8 bilion atau RM26.7 bilion), dan Koon Poh Keong daripada Press Metal Aluminium Holdings Bhd (tangga ke-645, AS$6.8 bilion atau RM26.7 bilion).

Individu lain yang tersenarai termasuk Jeffrey Cheah daripada Sunway Bhd (tangga ke-749, AS$5.6 bilion atau RM21 bilion); Lee Yeow Chor (tangga ke-934, AS$4.6 bilion atau RM18 bilion) dan Lee Yeow Seng (tangga ke-1074, AS$4 bilion atau RM15.7 bilion) daripada IOI Corp Bhd; serta Syed Mokhtar Albukhary (tangga ke-1,163, AS$3.7 bilion atau RM14.5 bilion).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: