Slip Road Tax Bercetak Yang Dikeluarkan JPJ Akan Dihentikan Mulai 1 Februari Ini

Siapa nak road tax bercetak pastikan ambil sebelum masuk bulan dua!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menari

Pos Malaysia Berhad memaklumkan tiada lagi pengeluaran slip cukai jalan mulai 1 Februari ini

Menerusi sebuah kenyataan ringkas Pos Malaysia di Facebook, pengeluaran slip cukai jalan akan dihentikan untuk kenderaan persendirian.

"Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

"Sekiranya anda memerlukan slip fizikal, perbaharui road tax dan insuran motor anda di pejabat pos berdekatan sekarang sebelum 1 Februari," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, penetapan harga cukai jalan yang dikenakan masih tertakluk kepada jumlah yang dinyatakan oleh Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SAYS.com
Image via Pos Malaysia Berhad

Berbeza dengan lesen, orang ramai kini boleh memohon untuk memiliki lesen memandu fizikal

Tiada lagi bukti perjalanan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk permohonan lesen memandu fizikal bermula 23 Januari lalu.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Kementerian Pengangkutan menerusi sebuah kenyataan memaklumkan warganegara hanya perlu membayar RM20 untuk mendapatkan lesen memandu fizikal, manakala bukan warganegara perlu membayar RM100.

"Orang ramai mempunyai pilihan untuk memohon cetakan kad fizikal lesen memandu di semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

"Ianya adalah secara terbuka dan tidak terhad kepada kategori yang ditetapkan pada sebelum ini," katanya.

Langkah tersebut diambil susulan usaha berterusan kerajaan untuk mendigitalkan lesen memandu di bawah dasar yang diperkenalkan pada Februari 2023.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: