RM500 Untuk Penjawat Awam Persekutuan & Dua Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Negeri Johor

Untunglah orang Johor.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 140,185 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Johor akan menerima insentif khas bernilai RM500 setiap seorang membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM70.1 juta

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian insentif itu adalah yang kali pertama dari negeri itu kepada penjawat awam persekutuan yang bertugas di Johor.

"Sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada penjawat awam dan selari dengan semangat 'whole of nation approach' yang Johor terapkan, kerajaan negeri ingin menzahirkan penghargaan kepada 140,185 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Johor melalui insentif khas penjawat awam persekutuan.

"Setiap penjawat awam yang berkhidmat akan menerima bantuan RM500 seorang. Ini adalah pertama kali dalam sejarah apabila kerajaan negeri mengumumkan insentif khas untuk penjawat awam persekutuan," katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2026.

SAYS.com

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Image via Bernama

Insentif dua bulan gaji pula akan diberi Disember hadapan

Pada pembentangan itu, Onn Hafiz turut mengumumkan pemberian insentif dua bulan gaji kepada penjawat awam Johor yang akan disalurkan pada Disember depan.

"Tidak dilupakan juga, sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha luar biasa penjawat awam negeri, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian insentif khas penjawat awam negeri sebanyak dua bulan gaji.

"Mereka yang menerima insentif ini adalah kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri membabitkan keseluruhan 17,454 orang," katanya.

Menurutnya, insentif diberikan itu diharap menjadi pemangkin motivasi untuk terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan, melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta memberikan yang terbaik buat rakyat dan negeri ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: