Risau Bagasi Lebih 7kg? Sini Kami Ajar 10 Cara Untuk ‘Travel Light’ Dan Ringankan Beg
Dengan sedikit 'tweak', beg pun jadi ringan.
Cover image via TSG #KasiJadiYa ampun! Kecoh betul orang ramai bila AirAsia announced polisi bagasi 7kg.
Sebenarnya, AirAsia dah perkenalkan polisi ini sejak beberapa tahun lalu. Kalau tak silap kami, dua tahun lepas kot. Lepas tu, bukan AirAsia je yang *implement* undang-undang ni. Korang naiklah apa-apa *airlines* pun kat luar sana, semuanya pakai polisi yang sama.
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat [sini](http://says.com/my/seismik/polisi-baru-air-asia).
Image via James Boon/Facebook
Jadi, kenapa nak complain?
Itulah, bila AirAsia buat tak kisah, korang ambil kesempatan. Ada ke patut beg besar gedabak sampai 80 liter pun pergi bawak masuk dalam kapal terbang. Mana boleh!
*So*, bila dah makin ramai yang tak ada *courtesy* sumbat beg besar-besar, AirAsia mula menghidu *behaviour* yang tak bermoral ini dan mula memperketat lagi sekuriti dan menguatkuasa lagi polisi.
Lepas ni, *say no more to huge luggage in the cabin*. Kalau nak jugak bawak beg besar, sila *check-in* beg ya. Jadilah penumpang yang bertanggungjawab.
*Complain* pung pang sana sini bukan boleh selesai masalah pun, ye dok?
Okay, enough with that. Sekarang ni, ramai orang rasa 7kg tu macam sikit sangat dan tak tahu macam mana nak pack light for flight.
Untuk melegakan sedikit kerunsingan yang bermain di minda anda semua, kami dari **[TSG #KasiJadi](https://www.instagram.com/tsgkasijadi/)** rasa terpanggil untuk membantu. Jangan salah anggap, kami ni bukannya *expert* pun dalam bidang *traveling*. Ilmu tu ada lah sikit-sikit tapi tak cukup imba lagilah. Hehe.
Apa-apa pun, kami kat sini nak *share* sikit 10 cara untuk *pack light* bagi memastikan beg korang ringan dan tak lebih 7kg. Senarainya ada di bawah:
1. Make sure benda alah ni ada masa packing: digital luggage scale atau penimbang berat beg
Alat ini sememangnya tidak membantu meringankan beg pun. Cuma, bila dah ada, bolehlah korang timbang berat beg korang tu lepas dah *packing*. Kalau lebih 7kg, kurangkan barang. Kalau kurang 7kg, boleh sumbat lagi barang.
Bukan apa, kan lebih mudah urusan kita kalau kita dah siap-siap timbang beg dulu sebelum bergerak ke *airport*. Takkan dah sampai *airport* baru sibuk nak timbang. Nanti kelam kabut pulak nak kena punggah beg, semata-mata untuk pastikan berat beg tidak melebihi 7kg.
*Seriously*, leceh gila kalau jadi macam tu. Jadi, belilah satu *[digital luggage scale](http://www.lazada.com.my/evogadgets-digital-luggage-scales-with-built-in-1-meter-measuringtape-2656764.html)* ya.
2. Tak ada travel towel? Pergi dapatkan satu.
Daripada gambar di atas, korang boleh tengok sendiri betapa bezanya saiz tuala biasa dan 'tuala melancong'. Tuala selalunya akan jadi benda yang paling banyak makan *space* dalam beg. Sekali dah taruk tuala, terus makan 1/3 ruangan.
*Travel towel* ni memang banyak membantu. Dah lah kecil, ringan pulak tu. Lagi *best*, fabrik mikrofiber pada *travel towel* ni mempunyai kuasa serapan air yang sangat baik. Senang kata, lepas korang mandi, tak ada masalah langsung kalau nak lap badan sampai kering.
*It works so effortlessly!*
*Travel towel* ni boleh korang dapatkan di kedai sukan seperti [Decathlon](https://www.facebook.com/DecathlonMalaysia/) dan [Sports Direct](https://www.facebook.com/SPORTSDIRECT.MALAYSIA/?hc_ref=SEARCH).
3. Toiletries tu tak payahlah bawak banyak-banyak
Dah nama pun *travel*, bawak yang penting jelah. Antaranya:
1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Pencuci muka
4. Berus gigi
5. Ubat gigi
6. *Sunblock*
7. *Perfume* mini
8. *Make up*
9. *Shaver* (*optional*)
Ya, nampak macam banyak. Ada 9 benda semuanya.
Tapi, korang kena tahu kastam tak benarkan item-item ini dibawa masuk sekiranya sukatan setiap satu melebihi 100ml. Kalau sukatan dalam gram pulak, ada yang cakap mesti kurang daripada 100g. Tapi kami tak berapa *sure* pulak pasal ni. Yang penting, bawah 100ml itu pasti!
Apa yang korang boleh buat? Kenalah sediakan *tube* kecil untuk letak sabun, shampoo bagai semua tu, kemudian masukkan dalam satu bekas kecil. Senang, semua benda kat satu tempat je.
Kan dah jimat *space* tu.
Tiub-tiub dan bekas kecil ni semuanya korang boleh beli kat Daiso.
4. Bawak backpack dan elak guna beg tarik bertayar
Yang ni *simple*. Sudah terang lagi bersuluh yang beg tarik ni lebih berat daripada *backpack*. Belum *packing* pun dah berat apatah lagi kalau penuh dengan barang-barang. Beg sahaja dah *almost* 3kg. Itu yang saiz sederhana. Yang besar lagilah berat.
*So*, elakkan.
Bawak *backpack* lagi bagus. Lebih ringan dan lebih senang nak *move around* terutamanya bila kat *escalator* ataupun tangga, dan juga bila berjalan kat permukaan yang tak rata. Nak naik bukit, naik gunung pun tak ada masalah. Barulah *backpacker*!
Disarankan juga agar korang dapatkan beg bersaiz 30 liter atau maksimum 40 liter kalau nak bawak masuk dalam kapal terbang. Kalau lebih daripada tu, takut tak lepas.
Image via TSG #KasiJadi
5. Baju kena gulung, bukan lipat
*Space* dah lah tak banyak dan kalau boleh nak jimat. Macam mana? Baju-baju dan seluar-seluar yang korang nak bawak tu kenalah gulung dan jangan lipat. Percayalah, ini salah satu tip yang paling *common* dipakai oleh mana-mana *backpacker* dan *traveler* dari seluruh dunia.
Bukan sahaja jimat *space*, proses menggulung tu selalunya lebih cepat daripada melipat. Gulung juga akan menjadikan *backpack* nampak lebih kemas dan teratur. Kalau bercakap soal baju renyuk pulak, rasanya dua-dua pun macam lebih kurang sama je. Hehe.
Tapi takpe, selalunya hotel akan *provide* seterika untuk korang gosok baju. Kadang-kadang ada hotel yang tak sediakan dalam bilik, tapi korang kena mintak kat *reception counter*.
Eh, dah terpesong cakap pasal baju renyuk pulak. Nasihat kami, kalau nak jimat *space* dan bawak banyak baju, sila gulung!
6. Plan sebelum mula packing dan jangan buat last minute
Ini serius penting!
Ok, sebelum korang *pack*, senaraikan balik korang punya aktiviti sewaktu *travel* nanti. Contohnya kalau pergi Phuket, korang kena tentukan apa jenis aktiviti yang korang akan buat pada hari pertama sampai ke hari terakhir. Seperti contoh:
***Phuket day 1:*** *Sampai hotel, santai kat Patong Beach, makan malam, jalan-jalan sekitar Patong*
***Phuket day 2:*** *Island hopping di Phi Phi Island sampai petang (ada snorkeling), malam santai-santai je*
***Phuket day 3:*** *Island hopping ke James Bond Island sampai petang (tak ada snorkeling), malam pergi makan Thai seafood*
***Phuket day 4:*** *Shopping di Premium Outlet Phuket, layan sunset di Promthep Cape, malam last shopping di Patong*
***Phuket day 5:*** *Pulang ke tanah air dengan hati gembira dan poket yang sedikit lara*
*Yes*, kena senaraikan semua, lepas tu korang kena bayangkan gambar-gambar yang korang akan ambil dan *upload* ke *social media* nanti supaya nak nampak cantik.
Contohnya, kalau ada aktiviti masuk hutan, elakkan pakai baju hijau. Sebab nanti ambil gambar langsung tak nampak orang, nampak hijaaauuuu je. *So*, pakailah baju merah. Barulah gambar cantik! Ehem!
Bila dah ada semua ni, barulah boleh *plan* nak pakai baju apa untuk aktiviti apa dan pada hari apa. Yang penting, jangan buat *last minute*!
Nak *packing* kena bertenang.
7. Pakai pakaian paling berat masa naik kapal terbang
Dah tahu berat, tak payahlah masuk beg.
Masa pergi *airport* dan nak naik *flight*, pakai baju yang selesa dan kemas (baju kolar boleh, kemeja pun boleh), pakai jaket tebal sikit untuk tahan sejuk, seluar jeans, stokin tebal, kasut jalan yang selesa (*preferably* kasut *jogging* sebab ada banyak span dan *cushion* yang tak menyakitkan kaki), dan topi.
Kalau nak bawak *neck pillow* untuk keselesaan di bahagian tengkuk, boleh gantung terus kat leher tu. Kalau nak masuk beg jugak, beli yang *inflatable* supaya boleh lipat dan tak makan *space*.
Ingat, apa-apa yang masuk beg mestilah ringan dan mampu menjimatkan ruang bagasi.
8. Recommended clothing during travel: Dri-Fit
Baju Dri-Fit memang ringan *guys*. Inilah baju yang orang pakai buat bersukan atau dalam erti kata lain, baju jersi. Kalau tak silap, dalam setiap *trip* yang kami pergi, mesti kami akan bawak banyak baju Dri-Fit. Terutamanya bila *trip* tu memerlukan kami untuk melakukan aktiviti lasak (*which we do all the time*).
Kami suka baju Dri-Fit ni sebab:
1. Ringan
2. Tak banyak makan *space*
3. Senang basuh
4. Cepat kering
5. Sesuai untuk buat aktiviti
6. Bentuknya kekal
7. Renyuk sikit je
Disebabkan sekarang ni dah jarang bersukan, jadi bila je nak pakai baju Dri-Fit, kan? Masa *travel* lah nak pakai!
9. Bawak baju 'transformers'
Hihi. Bukan baju budak-budak yang ada gambar Optimus Prime tu yang kami maksudkan. Baju 'transformers' ni bermaksud baju atau jaket atau *sweater* atau seluar atau apa sahaja jenis pakaian yang boleh 'dikecilkan' atau *packable*. Sebijik macam Transformers yang boleh bertukar daripada kereta kecil menjadi sebuah robot gergasi berkuasa tinggi!
Selalunya, pakaian sebegini sememangnya ringan dan direka khas untuk *travel*. Selain itu, sifatnya yang *packable* ini sangatlah *awesome* sebab dapat jimat *space* yang banyak untuk diletakkan dalam beg.
Paling popular tentunya UNIQLO Down Jacket yang berharga RM200++.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Macam mana pakaian sebegini boleh dikecilkan? *Sounds impossible!*"
*Well my friend, it is not*. Boleh tengok video kat bawah ni *for your reference*. Serius *power*!
10. Paling senang, pack less
*Pack less and enjoy the trip!*
Nak jadi *backpacker* kena kental sikitlah bang. Tak boleh semua benda nak selesa. Nak tak nak kena korbankan juga satu dua benda yang tak penting. Atau nak lagi ekstrem, bawak pakaian dan barang seminimal yang mungkin.
Masa *travel* nanti pandai-pandailah basuh baju ke, beli baju kat sana ke, tak payah shampoo ke, dan lain-lain. Maklumlah, bila kita tengah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, kadang-kadang memang agak susah untuk pastikan barang yang kita bawak tidak melebihi kuota 7kg tersebut.
Image via TSG #KasiJadi
That is all! Kami harap tips yang kami bagi ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk travel lepas ni.
Tapi, kalau rasa leceh sangat, kalau rasa macam nak bawak semua benda, bawak je. Yang penting, *check-in* bagasi dan bayar *fees* yang telah ditetapkan (kalau naik AirAsia lah).
Apa-apa pun, nak *travel* kenalah *enjoy!*

