Tak Mahu Tanggung Dosa, Ridhuan Tee Keluar MCA
Ridhuan Tee mengambil masa 4 tahun untuk permohonannya lulus sebagai ahli seumur hidup MCA.
Cover image via www.ismaweb.netPasti ramai yang mengenali penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah, tetapi mungkin tidak ramai mengetahui bahawa selama ini beliau adalah merupakan ahli seumur hidup Malaysian Chinese Association (MCA)
Hari ini, beliau mengumumkan **keluar MCA** sebagai tanda protes pada penentangan berterusan parti itu terhadap hudud.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Umum mengetahui, MCA adalah antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud
Beliau mendakwa parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Ridhuan memberitahu bahawa beliau mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan "masuk Melayu" dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam
Beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.
Beliau juga kesal dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun.
Ridhuan mendakwa parti MCA sangat berunsur perkauman dan menurutnya juga sesiapa yang memusuhi Islam, juga adalah musuhnya
Beliau juga menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari Malaysia dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.
Image via www.kedahnews.com
"Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri."
Menurut laporan [Ismaweb](http://www.ismaweb.net/) Ridhuan memberi kenyataan bahawa MCA sebenarnya buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa peribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Oleh itu beliau mencadangkan MCA dan Gerakan cari bumi sendiri jika mahukan cara hidup yang lebih baik.
Image via BH Online


