Rider Mekdi Kongsi Pengalaman Seram Tengah Malam Hantar Order Di Apartment Tepi Kubur

Kerja rider nampak biasa, tapi ada pengalaman malam yang buat bulu roma meremang.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut kerja rider, ramai bayangkan rutin biasa iaitu ambil makanan di restoran, hantar kepada pelanggan, kemudian sambung order seterusnya

Tapi hakikatnya, ada juga rider yang terpaksa bekerja hingga lewat malam, meredah jalan sunyi dan kawasan yang kadang-kadang buat rasa tak sedap hati.

Dalam episod Seismik Seram kali ini, seorang rider Mekdi, Yap, berkongsi pengalaman seram yang pernah dia alami ketika menghantar order terakhir pada suatu malam.

Tunggu order di apartment tepi kubur

Pengalaman tersebut berlaku di sebuah apartment lama di PJ, betul-betul bersebelahan tanah perkuburan.

Kawasan ini memang terkenal dalam kalangan rider sebagai tempat yang 'keras' untuk dihantar order pada waktu malam.

Customer di apartment ini biasanya tidak turun sendiri, jadi rider perlu menunggu di bawah sehingga makanan diambil.

Pada malam tersebut, Yap menunggu seorang diri di kawasan yang sunyi dengan lampu malap.

Suasana gelap dan sepi membuatkan perasaan tidak selesa mula menghantui.

Penampakan yang buat bulu roma meremang

Ketika menunggu, Yap ternampak seorang lelaki berjalan ke arahnya. Pada mulanya dia menyangka itu customer, lalu bersiap mengambil makanan.

Namun apabila dia menoleh semula, lelaki itu hilang begitu saja. Tidak lama kemudian, customer sebenar muncul untuk mengambil makanan.

Dalam perjalanan pulang, Yap ternampak semula lelaki itu berdiri berhampiran pokok besar.

Kali ini, yang menakutkan ialah wajah lelaki itu kerana tiada mata, tiada hidung, seakan-akan kosong. Pengalaman itu meninggalkan kesan hingga Yap jatuh demam pada hari berikutnya.

Sejak kejadian itu, pengalaman menghantar order terakhir pada malam tersebut menjadi antara kisah paling sukar dilupakan sepanjang dia bekerja sebagai rider.

Dengarkan kisah penuh dalam Seismik Seram

Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada rider Mekdi ini pada malam tersebut? Korang boleh dengarkan sendiri perkongsian penuh melalui Seismik Seram Jam 12 di saluran youtube SEISMIK TV.

Link playlist ada di SINI!

Kerja rider memang penuh dengan macam-macam pengalaman, ada yang kelakar, ada yang mencabar dan kadang-kadang ada juga yang seram.

Kalau korang pernah kerja shift malam atau pernah ada pengalaman pelik ketika bekerja, cuba kongsi cerita korang di ruangan komen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS