Ribuan Pengunjung Banjiri Konsert Malam Hijrah Bergema, Sambut Tahun Baharu 2026 Dengan Alunan Rohani

Suasana malam tersebut cukup syahdu dengan alunan nasyid, selawat, serta lagu-lagu berteraskan ketuhanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV AlHijrah
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berbeza dengan sambutan ambang tahun baharu konvensional, Konsert Malam Hijrah Bergema anjuran TV AlHijrah berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang penuh tertib, tenang dan sarat dengan penghayatan rohani

Bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), konsert berskala besar ini mengangkat elemen seni dan dakwah sebagai medium utama untuk menyampaikan mesej penghijrahan jiwa buat seluruh rakyat Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah, serta barisan Ketua Agensi Hal Ehwal Agama. Kehadiran pelbagai generasi daripada kanak-kanak hingga warga emas mencerminkan penerimaan positif masyarakat terhadap pendekatan hiburan Islamik yang inklusif dan mendidik.

SAYS.com

Kumpulan nasyid Rabbani turut memeriahkan lagi suasana konsert Malam Hijrah Bergema.

Image via TV AlHijrah
SAYS.com

Kemunculan kumpulan In-Team dan penyanyi solo Sufian Suhaimi turut menggamitkan suasana konsert Malam Hijrah Bergema.

Image via TV AlHijrah

Suasana malam tersebut cukup syahdu dengan alunan nasyid, selawat, serta lagu-lagu berteraskan ketuhanan. Antara barisan artis yang memukau penonton termasuklah kumpulan nasyid tersohor seperti Rabbani, Raihan, UNIC, Lah Ahmad, Hijjaz, Mawi, Sufian Suhaimi dan barisan Munsyid Muda.

Kehadiran penyanyi legenda tanah air seperti Datuk Hattan, Dato' Jamal Abdillah, dan Dato' Nash menambah impak konsert melalui rangkaian lagu hits yang sarat mesej dakwah seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Nurkasih, Pada Syurga Di Wajahmu, dan Ghazal Untuk Rabiah. Setiap persembahan disusun rapi bagi mengajak hadirin menyelami makna keinsafan dan harapan.

Seni sebagai bahasa masa hadapan dakwah

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, menyifatkan penganjuran ini sebagai platform dakwah kontemporari yang sangat relevan dengan keperluan masa kini.

"Kami melihat seni sebagai bahasa masa hadapan dakwah. Apabila mesej Islam disampaikan dengan hikmah, kreativiti, dan keindahan, ia bukan sahaja menyentuh hati, malah membina pemikiran serta menyatukan generasi,"
ujar beliau.

Namanzee turut menegaskan bahawa konsep 'hijrah' yang diketengahkan merangkumi perubahan jiwa, akhlak dan cara berfikir. Beliau berharap agar konsert ini dapat dijadikan acara tahunan sebagai alternatif hiburan patuh nilai buat seisi keluarga.

SAYS.com

Konsert Malam Bergema turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli (dua dari kiri).

Image via TV AlHijrah
SAYS.com

Antara barisan artis yang memukau penonton termasuklah kumpulan nasyid tersohor seperti Rabbani, Raihan, UNIC, Lah Ahmad, Hijjaz, Mawi, Sufian Suhaimi dan barisan Munsyid Muda.

Image via TV AlHijrah

Kemuncak konsert menyaksikan seluruh dewan bangkit mengalunkan selawat secara berjemaah, mencipta detik simbolik menyambut tahun baharu dengan doa, muhasabah dan azam untuk menjadi insan yang lebih baik.

Rata-rata pengunjung yang ditemui menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang mendamaikan dan memberi inspirasi untuk memulakan lembaran baharu tahun 2026 dengan semangat yang lebih positif dan beradab.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik dan agensi terlibat yang memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: