RHM Design Lancar Pakej Eksklusif ‘RHM Luxe’ Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10

Pakej ini dikhususkan untuk memberi layanan yang lebih peribadi dan eksklusif kepada pelanggan premium.

Enlarge text
Cover ImageCover image via RHM Design
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

RHM Design & Construction Sdn Bhd (RHM Design) telah meraikan ulang tahun penubuhan ke-10 mereka dengan penuh kemeriahan baru-baru ini yang diadakan serentak dengan majlis makan malam anugerah dan perasmian ibu pejabat (HQ) baharu syarikat

Acara gilang-gemilang ini diadakan bagi menghargai sokongan padu yang diberikan oleh pelanggan, pembekal, dan rakan niaga RHM sepanjang sedekad mengendalikan lebih 1,000 projek ubah suai dan reka bentuk dalaman (ID).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RHM Design, Nurul Amira Rashid, dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur atas pencapaian syarikat yang tidak dijangka, termasuk kejayaan menyiapkan projek besar di Menara Berkembar KLCC.

"Perjalanan 10 tahun ini. Saya tidak pernah bayangkan kita akan sampai sejauh ini. Ia bermula dengan cita-cita kecil, sehinggalah kita dapat buat projek besar di Menara Berkembar KLCC. Itu satu kejayaan yang tidak saya jangka," kata Nurul Amira.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada pelanggan yang memberikan kepercayaan penuh, malah sanggup melabur ratusan ribu ringgit untuk merealisasikan rumah impian mereka, walaupun RHM Design pada awal penubuhannya belum mempunyai portfolio kerja yang kukuh.

SAYS.com

Nurul Asiqin Rashid, Rakan Kongsi & Pengurus Besar RHM Design dan
Nurul Amira Rashid, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RHM Design (kanan).

Image via RHM Design

Perkenal pakej esklusif 'RHM Luxe' untuk pelanggan premium

Sempena sambutan ulang tahun ini, RHM telah melancarkan satu bahagian perkhidmatan baharu yang lebih istimewa iaitu RHM Luxe. Bahagian ini dikhususkan untuk memberi layanan yang lebih peribadi dan eksklusif kepada pelanggan premium.

"Kami ingin memberi layanan istimewa. Melalui RHM Luxe, pereka yang menguruskan projek adalah yang lebih senior. Kami tawarkan perkhidmatan di mana klien hanya perlu 'masuk rumah cuci kaki'," jelas Nurul Amira.

Ini bermakna segala susun atur perabot dan kelengkapan lain akan diuruskan sepenuhnya oleh RHM, menjanjikan pengalaman tanpa kerumitan kepada pelanggan.

SAYS.com
Image via RHM DesignImage via RHM Design

Sambutan ulang tahun ke-10 RHM turut dihangatkan dengan acara Open Day yang dihadiri lebih 1,000 tetamu

Promosi istimewa yang ditawarkan, iaitu RM1 sekaki persegi untuk upah ubah suai rumah bersaiz 1,000 kaki persegi ke atas, telah 'habis ditempah' dengan pantas.

Nurul Asiqin Rashid, Rakan Kongsi & Pengurus Besar yang menguruskan bahagian strategi dan sistem syarikat, berkongsi bahawa kekuatan utama RHM terletak pada gabungan antara sistem kerja yang tersusun dan pemilihan tenaga kerja yang tepat.

"Rahsia kami boleh siapkan projek besar seperti menukar lantai di 33 tingkat bangunan Petronas Twin Towers dalam masa singkat adalah kerana kami ada sistem, dan kami ambil pekerja yang tepat,"
tegas Nurul Asiqin.

Tambah beliau lagi, RHM yang dipimpin oleh dua beradik wanita ini menekankan dokumentasi, sistem, dan polisi yang teguh bagi memastikan semua proses kerja berjalan lancar.

Kini, RHM yang mempunyai 30 orang pekerja meletakkan sasaran jualan sebanyak RM15 juta pada tahun hadapan. Syarikat ini bercita-cita untuk menjadi ketua pasaran dalam industri reka bentuk dan pembinaan dalam tempoh lima tahun dengan mengembangkan RHM menjadi platform bersepadu yang menggabungkan perkhidmatan arkitek, kejuruteraan, dan pembinaan.

SAYS.com
Image via RHM Design

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: