Rezeki Terpijak! Suri Rumah Menang RM200,000 Imbas Kod QR Dalam Kempen AFFIN Dream Box & Bulan Bintang

Wah, bertuah betul tahniah kak!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, hasrat hati yang hanya mahu membeli sepasang baju kurung sempena persiapan Aidilfitri akhirnya membawa tuah luar biasa buat seorang suri rumah, Nurul Aqilah Radzuan, 33, apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama bernilai RM200,000

Nurul Aqilah, ibu kepada dua cahaya mata yang berasal dari Taiping, Perak, muncul sebagai antara penerima hadiah utama dalam kempen 'Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by AFFIN'. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara jenama pakaian popular, Bulan Bintang, bersama Affin Islamic Bank Berhad menerusi inisiatif 'AFFIN Dream Box'.

Mengimbau detik gembira itu, Nurul Aqilah mengakui dia pada mulanya langsung tidak percaya dengan angka yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya selepas mengimbas kod QR pada bungkusan pakaian yang dibeli secara dalam talian.

"Saya sebenarnya beli baju kurung itu kerana tertarik dengan promosi percuma tumbler. Bila barang sampai, saya tengok tumbler dulu, barulah cuba pakai baju. Selepas imbas kod QR, saya nampak angka dengan banyak kosong di belakang.

"Saya tenung lama-lama, ingatkan hanya RM200. Bila perasan jumlah sebenar (RM200,000), saya terus tangkap layar (screenshot) dan hantar kepada suami untuk pengesahan. Saya masih rasa macam tak percaya sampailah pihak Bulan Bintang sendiri hubungi saya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan hadiah di Menara AFFIN, TRX, pada Selasa.

SAYS.com
Image via @bulanbintanghq (Instagram)

Bukan 'scam', keputusan menang secara terus

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (atau lebih dikenali sebagai Meri), menjelaskan bahawa konsep 'Dream Box' diperkenalkan sebagai langkah inovatif bagi mengelakkan perbandingan nilai hadiah fizikal setiap tahun.

"Tahun-tahun sebelum ini, orang sering membandingkan nilai hadiah yang saya berikan. Jadi, idea 'Dream Box' ini timbul supaya pemenang boleh menentukan sendiri impian atau kemahuan mereka dengan wang tunai tersebut. Kolaborasi bersama Affin Islamic Bank ini membuktikan Bulan Bintang sentiasa ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan setia kami," ujarnya.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menganggap kempen ini sebagai 'scam' kerana mekanismenya yang terlalu mudah, Meri menegaskan bahawa ketelusan adalah keutamaan mereka.

"Mekanismenya sangat mudah. Pelanggan hanya perlu beli barangan serendah RM109, imbas kod QR, dan keputusan keluar secara terus. Kami tak mahu pelanggan menunggu lama atau melalui proses cabutan yang rumit. Inilah kekuatan kempen kami menang secara terus tanpa keraguan,"
jelas beliau lagi.

SAYS.com
Image via @bulanbintanghq (Instagram)

Masih banyak hadiah menanti pelanggan bertuah

Majlis penyerahan hadiah tersebut turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Dato' Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin.

Meri menambah bahawa peluang masih terbuka luas buat pelanggan lain kerana masih banyak hadiah lumayan yang belum dimenangi, termasuk:

  • Hadiah 'Dream Box' bernilai RM100,000, RM10,000, dan RM5,000.
  • Hadiah kereta dan motosikal.
  • Duit Raya Affin Bank berjumlah keseluruhan RM400,000.
  • Hadiah daripada rakan strategik lain seperti Dr. Cardin, Tealive, dan Tabung Haji Travel & Services.


Bagi Nurul Aqilah, kemenangan ini adalah rezeki Ramadan yang paling bermakna buat keluarganya dan wang tersebut akan digunakan untuk simpanan masa depan serta merealisasikan impian yang selama ini terpendam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: