[REVIEW] Jersi ‘Harimau Malaya x PUMA’ Tampil Dengan Warna Ikonik, Ini Yang Anda Kena Tahu

Rating anda untuk jersi baharu Harimau Malaya?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melancarkan jersi baharu Harimau Malaya dengan PUMA Malaysia menjadi penaja rasmi baru-baru ini

Pengenalan jersi tersebut juga bermakna FAM telah memeterai kerjasama empat tahun dengan PUMA yang akan menjadi rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia.

Beberapa tonggak pemain kebangsaan, antaranya Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba serta Nooa Laine yang menggayakan kedua-dua rekaan baharu jersi utama dan 'away' (tempat lawan), selain penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski turut hadir di majlis pelancaran jersi tersebut.

Image via SAYS Seismik

Ini perkara lain yang anda kena tahu tentang jersi terbaharu 'Harimau Malaya x PUMA'

1. Direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam

Jersi rasmi 'home' dan 'away' Harimau Malaya iaitu kuning dan hitam melambangkan kebanggaan dan daya tahan.

Image via SAYS Seismik

2. Tampil dengan teknologi Ultraweave revolusioner PUMA

Teknologi ini direka untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti dan ketahanan, membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

Image via SAYS Seismik

3. Corak dan details yang menarik dapat dilihat jika lebih dekat

Image via SAYS Seismik

4. Logo PUMA jelas kelihatan di hadapan kanan jersi serta kanan dan kiri baju

Image via SAYS Seismik

5. Dijual pada harga RM319 dan kini boleh dibeli di kedai PUMA terpilih di seluruh negara

Image via SAYS Seismik

Jadi, apa pendapat anda dan berapakah rating untuk jersi baharu 'Harimau Malaya x PUMA' ini?

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: