Restoran Ala Shell Out Ini Sajikan ‘Seafood’ Lambak Dalam Talam. Siap Dengan Tom Yam Lagi!
Boleh pilih macam-macam lauk seperti Ketam Masak Cili, Mussels Wet Butter, Scallops Sweet Chili dan banyak lagi.
Cover image via Instagram @amirahabdsamad | Instagram @ladzidzahtomyamUntuk anda yang minat makan seafood lambak ala-ala Shell Out, hidangan menarik yang disajikan oleh restoran tom yam ini memang wajib anda cuba!
Terletak di Puncak Alam, Restoran Ladzidzah Tom Yam & Seafood menghidangkan set dulang yang dipenuhi bermacam-macam lauk seafood
Image via Instagram @ladzidzahtomyam
Pilihan lauk pula termasuklah Ketam Masak Cili, Kupang Wet Butter, Udang Lipan Kung Pao, Scallop Sweet Chili, Dan Lala Kam Heong. Kecur air liur dibuatnya!
Image via Instagram @bro_tiger_john
Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati dulang seafood anda dengan tom yam 'kaw'. Memang layan!
Image via Instagram @ladzidzahtomyam
Untuk yang inginkan portion yang lebih kecil, jangan risau. Set dulang di sini boleh diubahsuai mengikut saiz dan selera masing-masing.
Image via Instagram @syafiqah_nabilah94
Selain seafood, set dulang berisi hidangan goreng-goreng seperti Mee Goreng dan Ayam Pandan turut disediakan
Image via Instagram @ladzidzahtomyam
Harga makanan di sini juga amat berpatutan. Set dulang di sini dijual dalam lingkungan harga RM32 (untuk 2 orang makan) ke RM158 (untuk 8 orang makan).
Image via Instagram @ladzidzahtomyam
Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai Restoran Ladzidzah Tom Yam & Seafood di sini:
Image via Instagram @ladzidzahtomyam
Alamat: No. 77Jalan PPAJ 3/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam (bersebelahan UOB bank Alam Jaya, dekat Econsave)
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 6038 1363
Maklumat lanjut di: Instagram

