Eh Kat Mana Restoran Nasi Bamboo Ni Sampai Mat Salleh Pun Sanggup Datang ‘Try’?
Unik, Asli & Tersendiri.
Cover image via Instagram @tjlzfflshhMalaysia memang terkenal dengan masakan tradisional yang amat unik dan lazat. Malah, setiap negeri juga pasti mempunyai hidangan masakan yang tersendiri.
Ini termasuklah juga masakan tradisional kampung orang Melayu Perak yang kini semakin mendapat perhatian ramai iaitu [**Nasi Bamboo**](https://www.facebook.com/Nasi-Bamboo-Sg-Klah-338467472916404/info/?tab=overview).
Siapa sangka masakan tradisional kampung ini mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pelancong antarabangsa dan domestik setelah diberi publisiti dan promosi meluas melalui media tempatan.
Image via Nasi Bamboo Sg. Klah/Facebook
Image via Instagram @aizataha
Restoran Nasi Bamboo (RNB) yang terletak di Sg Klah, Sungkai, Perak ini nampaknya benar-benar mendapat perhatian ramai termasuklah pelancong Arab, Brunei, Singapura dan Hong Kong selain rakyat tempatan
Restoran ini memperkenalkan nasi yang **dimasak dan dikukus dalam buluh** dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya.
Image via Instagram @aamzar19
Masakan tradisional ini sememangnya sangat unik dan yang paling menarik sekali, aromanya pasti membuka selera dan membangkitkan nafsu makan anda. **Sangat wangi!**
**Restoran Nasi Bamboo (RNB)** ini dimiliki oleh seorang anak muda tempatan iaitu **Mohd Hafizz Mukhizad** yang berumur 27 tahun dan beliau dibantu oleh kedua-dua ibu bapanya.
Image via Instagram @buttermilk_byhariz
Konsep nasi bamboo ini ialah ia dimakan bersama lauk-pauk asli negeri Perak ketika ia masih panas
Pelbagai masakan tradisional yang disediakan di sini seperti **keli goreng panas, ayam kampung serabut, daging masak hitam, gulai kawah** dan banyak lagi.
Antara hidangan lauk yang popular di sini ialah **daging kambing salai**. Kebiasaannya daging kambing dibakar untuk dijadikan hidangan, namun di sini ia sedikit berbeza kerana daging kambing tersebut akan disalai selama **16 jam**.
Ia disalai dalam tempoh masa tersebut untuk memastikan daging kambing itu betul-betul lembut dan ia dimasak dengan pelbagai jenis rempah untuk menghasilkan rasa yang sangat sedap dan autentik.
Image via Instagram @awanlarat
Image via Instagram @haliffmukhizad
Bagi peminat ayam pula, anda diwajibkan mencuba masakan ayam kampung bunian yang tidak terdapat di tempat lain. Sangat recommended!
Kedengaran aneh bukan? Tapi jangan risau kebanyakan mereka yang datang ke sini mengatakan hidangan ayam kampung bunian ini juga memang sedap dan menyelerakan. *Sangat lain dari yang lain!*
Image via Instagram @ketupat_tg
Image via Instagram @tjlzfflshh
Image via Instagram @haliffmukhizad
Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi panggang daun lirik. Selain baunya yang harum, rasanya betul-betul unik dan asli!
Image via Nasi Bamboo Sg. Klah/Facebook
Tambahan lagi, restoran ini juga turut menyediakan sambal belacan dengan resepinya yang tersendiri
Tengok gambar pun dah kecur lidah kan?
Memang terbaiklah Restoran Nasi Bamboo ni. Boleh kata hari-hari mesti penuh dengan manusia.
Image via Instagram @haliffmukhizad
Ternyata Restoran Nasi Bamboo ini merupakan destinasi yang wajib anda kunjungi sekiranya berkunjung ke Sungkai, Perak. Selamat mencuba!
**Alamat :** Lot 53 Tanjung Balai, Jalan Slim River Sungkai, Perak.
**Waktu operasi:** Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang.
**Facebook:** [Nasi Bamboo Sg. Klah](https://www.facebook.com/Nasi-Bamboo-Sg-Klah-338467472916404/info/?tab=overview)


