Mak Inchek Cafe Dan 6 Restoran Masakan Ala Kampung Ini Buatkan Anda Rindu Masakan Ibu
Siapa yang tak terliur kalau dihidangkan masak lemak cili api atau udang sambal petai?
Cover image via instagram.com1. Restoran Leha Kelfood
Restoran Leha Kelfood adalah restoran yang menyajikan makanan ala kampung Kelantan. Kelfood bermaksud *Kelantan Food*. Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan nasi dan lauk-pauk tradisional, antaranya nasi kerabu, nasi dagang, ayam dan ikan percik, dan kerabu mangga. Kuih-muih tradisional pencuci mulut juga turut dijual.
**Alamat:** Jalan Melati Utama 4, Taman Melawati Utama, Setapak, Kuala Lumpur.
**Telefon:** 012-3138905
Image via foodspotting.com
Image via foodspotting.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
2. Restoran Sambal Hijau
Jika anda sukakan makanan yang pedas, tentu anda suka dengan hidangan di Restoran Sambal Hijau. Antara hidangan yang disajikan ialah tempoyak ikan patin Temerloh, masak lemak cili api ayam dara, pelbagai jenis ulaman dan ikan bakar juga pelbagai lauk Minang. Tagline mereka pun sesuai dengan restoran mereka iaitu "Puas hati, datang lagi."
**Alamat:** 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.
**Telefon:** 03-7731 2045
Image via sambalhijau.my
Image via sambalhijau.my
Image via sambalhijau.my
Image via foursquare.com
Image via sambalhijau.my
3. Restoran BenKajus
Image via Facebook BenKajus
Image via Facebook BenKajus
Image via Facebook BenKajus
Image via Facebook BenKajus
Terletak di kawasan yang sangat strategik iaitu di KL Sentral, BenKajus menyediakan pelbagai makanan nasi campur dengan lauk-pauk Melayu seperti kari jenahak, telur itik masak lemak dan gulai daging rempah asli. Sesuai untuk mereka yang bekerja berdekatan pusat Kuala Lumpur. Lagipun, perkhidmatan pengangkutan awam juga senang.
**Alamat:** Platinum Sentral (2, Jalan Stesen Sentral), 50470 Kuala Lumpur.
**Telefon:** 017-2753345
Image via Facebook BenKajus
4. Flora Kafe
Kafe ini mempunyai interior yang sangat unik, dihiasi dengan chandelier yang sangat mewah dan gah. Ini tidak menghairankan kerana pengusahanya dulu adalah seorang pengurus perkahwinan. Antara makanan yang disajikan di kafe ini ialah makanan Melayu Johor seperti laksa, pisang sira, ubi rebus dan pelbagai jenis kopi dan jus. Kalau anda nak rasa masakan Johor, datanglah ke Flora Kafe.
**Alamat:** Lot G.02-06 Ground Floor, The AmpWalk, 218 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
**Telefon:** 03-21618010
Image via gomakan.com
Image via gomakan.com
Image via Facebook Flora Kafe
Image via Facebook Flora Kafe
Image via Facebook Flora Kafe
Image via Facebook Flora Kafe
5. Pinang Masak Cafe & Restaurant
Dengan dekorasi yang simple dan menenangkan, Pinang Masak Cafe boleh memuaskan selera anda, terutama mereka yang rindukan masakan ibu di kampung kerana makanan di sini dikatakan dimasak dengan sepenuh ikhlas. Perkhidmatan di restoran ini juga diberi pujian oleh pengunjung, selain daripada mempunyai pelbagai jenis lauk pauk Melayu seperti rendang ayam, ikan bakar pinang masak, kerabu paku dan banyak lagi. Yang paling istimewa sekali tentulah Durian Crepe mereka. Rugi kalau tak cuba.
**Alamat:** Taman Tunku, Kuala Lumpur.
**Telefon:** 03-62011964
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via tripadvisor.com
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Kafe
Image via Facebook Pinang Masak Cafe
6. Tumis Teak 5 @ Solaris Dutamas
Pertama kali ke Tumis Teak, kami telah dicadangkan oleh pemilik restoran ini untuk mencuba menu Daging Maut. Kata pemilik restoran ini, *confirm* akan tambah nasi. Memang benar, Daging Maut adalah seolah-olah seperti rendang berbentuk kehitaman tetapi mempunyai rasa yang sedap tetapi pedas. Sebab itulah ia dipanggil daging maut. Selain dari daging maut, menu lain yang istimewa adalah seperti murtabak megi, nasi ambeng dan masakan Melayu yang lain.
**Alamat:** Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur
**Telefon:** 03-62064148
Image via null
Image via dineout.com.my
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
7. Mak Inchek Cafe
Image via Instagram Mak Inchek Cafe
Image via Instagram Mak Inchek Cafe
Image via Instagram Mak Inchek Cafe
Mak Inchek Cafe adalah sebuah kafe moden yang menyajikan masakan Melayu sebagai menu utamanya. Walaupun rekaan dalamannya ala ala kafe hipster, tetapi makanan yang disajikan tetap Melayu asli. Antara makanan yang disajikan ialah daging masak kicap Mak Inchek, sambal udang petai, goreng pisang dan sambal kicap dan ayam masak panggang kuali.
**Alamat:** 36-G, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Petaling Jaya, Kota Damansara, 47810.
**Telefon:** 017-2919568
Image via Instagram Mak Inchek Cafe
Image via Instagram Mak Inchek Cafe
Image via Instagram Mak Inchek Cafe

