Restoran Mamak Didakwa Jual Semula Lebihan Makanan Kepada Pelanggan Ditutup 2 Minggu
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan memaklumkan pihak mereka akan menjalankan pemeriksaan susulan.
Cover image via Silohna King/SEREMBAN (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah restoran di Seremban yang didakwa membasuh sisa makanan untuk dimasak dan dijual semula telah diarahkan tutup selama 14 hari
Menerusi laporan New Straits Times, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) berkata perintah penutupan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, bersama-sama dengan notis kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Restoran itu diarahkan untuk menghentikan operasi bermula semalam, 3 Februari.
JKNNS menambah, pada hari ketiga penutupan, pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemeriksaan susulan untuk menilai sama ada langkah pembetulan telah dilaksanakan.
"JKNNS memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Orang ramai, terutamanya pemilik, dan pengendali makanan dikehendaki memastikan aspek keselamatan makanan dijaga dengan baik," katanya.

Pengabaian langkah-langkah kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan insiden keracunan makanan
Jabatan itu menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip "Perhatikan dan Pilih" ketika memilih restoran.
Pihak mereka juga menyarankan orang ramai menggunakan pendekatan "Lihat, Hidu, Rasa" sebagai cara paling mudah untuk mencegah keracunan makanan.
Insiden itu didedahkan di Facebook selepas seorang pejalan kaki mendakwa melihat seorang pekerja mencuci bahagian makanan yang tidak dimakan seperti ayam, kambing, dan tauhu yang kemudiannya disusun ke dalam dulang.
Individu tersebut mendakwa bahawa apabila ditegur, pekerja itu mengakui sisa makanan sedang dibasuh untuk digunakan semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



