Restoran Makanan Segera Ramly Umum Tutup 2 Cawangan Mereka Selepas 10 Tahun Dibuka
Tarikh akhir operasi bagi kedua-dua cawangan tersebut adalah pada 30 November 2025.
Cover image via Ramly Halal Kiosk Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramly Halal Kiosk Malaysia umum penutupan cawangan restoran makanan segeranya di lokasi R&R Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan
Menerusi kenyataan yang dikongsi francais makanan segera itu di Facebook, tarikh akhir operasi bagi kedua-dua cawangan tersebut adalah pada 30 November 2025.
"Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Terima kasih untuk kenangan bersama anda selama 10 tahun ini.
"Tarikh akhir kami di R&R Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan adalah pada 30 November 2025.
"Kalau anda jadi pelanggan terakhir kami pada hari tersebut, DM min ya untuk gambar-gambar kenangan," tulisnya.

Dapat reaksi sedih daripada orang ramai yang gemar singgah ke cawangan berkenaan
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen memberi komen sedih akan berita yang diumumkan itu.
"Ala kenapalah tutup kat rnr seremban tu, saya suka pergi makan situ bawa anak-anak, murah sedap puas hati makan, support our local, tapi kenapa tutup,buka restoran tempat lain pula ke," luah seorang pelanggan setia.
"Aduh, kalau singgah rnr Pagoh mesti singgah Ramly pekena oblong dia., rasa dah sama macam menu fast food terkenal tu tapi harga jauh lebih murah, sekarang dah tutup pula," komen seorang lagi pelanggan.
Dalam pada itu, terdapat juga komen meminta francais tersebut menyediakan infografik cawangan yang tersedia supaya pelanggan setia boleh datang.
"Senaraikan cawangan yang ada sekarang mengikut negeri dalam poster infografik. Senang kami nak sokong membeli, relaks santai lama-lama sambil minum, makan," katanya.
Lihat antara komen lain di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



