Resort-Resort Di Pulau Perhentian Tak Ada Lesen Jual Arak – Exco Terengganu
Difahamkan, 70 peratus daripada jumlah pelancong yang datang ke pulau itu adalah dari luar negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Terengganu mendapati kesemua resort di Pulau Perhentian tidak mempunyai lesen penjualan arak
Menerusi laporan Sinar Harian, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata perkara tersebut dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan dan pihak yang terlibat bakal berdepan tindakan sekiranya penguatkuasaan dilakukan.
"Perbuatan mereka itu berada dalam keadaan yang tidak direstui oleh kerajaan negeri. Jika ada penguatkuasaan, mereka akan dikenakan tindakan.
"Saya ingin pastikan pengusaha Melayu menjaga adat orang Islam dan dinasihatkan supaya menjaga adat Timur. Bagi yang bukan Islam, diharap bersopan dan tidak minum di tepi pantai secara terbuka," katanya.

Razali berucap dalam Program DAD: CSR Pembersihan Pantai di Pulau Perhentian, Besut
Image via Alam Flora Sdn BhdTegas lokasi pelancongan tersebut bukan tempat untuk mabuk
Menurutnya, kerajaan Terengganu akan memastikan semua pihak yang terlibat menjadikan Pulau Perhentian sebagai lokasi pelancongan untuk percutian dan bukannya tempat untuk mabuk.
Razali berkata, pihaknya tidak bersetuju sekiranya ada pelancong datang ke sini untuk mabuk di samping kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh memastikan perkara yang tidak direstui oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.
Tambahnya, sekiranya gagal dipatuhi, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 