Lebih 14k Shares, Resipi Tart Cadbury ‘Kuih Raya Of The Year’ Ini Memang Tengah Onz Habis!
Daripada beli, baik buat sendiri. Mudah saja!
Cover image via Facebook Sri Noratika HassanTidak semua menyukai kuih tart nenas, lebih-lebih lagi kanak-kanak, yang biasanya akan makan biskutnya sahaja dan inti dibuang
Tapi kalau nak juga buat kuih tart tapi with a twist, iaitu daripada menggunakan inti nenas, boleh gantikannya dengan inti coklat cadbury!
Boleh ikuti cara-cara yang dikongsi pengguna Facebook Sri Noratika Hassan untuk buat tart cadbury.
Mudah saja!
Image via Malaya Daily
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. 250g mentega/marjerin (saya guna buttercup)
2. 1 sudu kecil minyak sapi
3. 3 1/4 cawan tepung gandum (disangai sehingga ringan dan diayak)
4. Coklat Cadbury (saya guna cadbury dairy milk yang dalam telap 100pcs)
5. Acuan tart (saya pakai yang plastic)
6. Kuning telur (sebagai hiasan topping)
Image via Facebook Sri Noratika Hassan
Image via Facebook Sri Noratika Hassan
Cara-cara membuat kuih tart cadbury:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas satu persatu mengikut urutan kecuali coklat. Pakai spatula sahaja ye.
2. Lembut-lembut je mix-kan hingga menjadi doh yang tak terlalu lembik tak terlalu keras, rehatkan doh dalam chiller 5-10 mnit sebelum diterap.
3. Masukkan doh dalam acuan tart, terapkan ke atas dulang (kalau doh tak pecah or tak melekat di dulang masa gulung tu it's perfect!!)
4. Ambil sebiji coklat dan gulungkan bersama doh yang dah diterap atas dulang tadi secomel-comelnya.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas tart dan sedia untuk di bakar 160'c api atas bawah, selama 15-20 minit (mengikut oven masing-masing).
Image via Facebook Sri Noratika Hassan
Image via Facebook Sri Noratika Hassan
*Jumpa benang terus ditarik,
jangan dicucuk jarum peniti.
Kuih ini macam menarik,
bolehlah kita cuba nanti.*
Image via Facebook Sri Noratika Hassan

