Dim Sum Ikan, Sup Wantan & 6 Lagi Resipi Masakan Cina Wajib-Cuba Minggu Ini
Bolehlah try sempena musim Tahun Baru Cina ni!
Cover image via My ResipiExcited dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba?
Dapatkan 8 idea resipi menarik untuk anda cuba di sini:
1. Sup Wantan
Image via My Resipi
Wantan lembut berisi udang dan ayam ini sedap dhidang bila-bila masa tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Hirisan daun sup dan daun bawang segar menjadi pelengkap kepada sup lazat ini.
Dapatkan resipi penuh Sup Wantan di sini.
2. Dim Sum Ikan
Image via My Resipi
Tidak susah sebenarnya untuk hasilkan dim sum anda sendiri. Resipi ini menggunakan isi ikan kisar yang disumbat ke dalam kulit wantan dan dikukus hingga masak.
Dapatkan resipi Dim Sum Ikan di sini.
3. Udang Black Pepper Brokoli
Image via My Resipi
Gabungan pelbagai warna daripada udang, lada benggala merah dan brokoli menjadikan lauk penuh kemeriahan ini perfect untuk dihidangkan sewaktu musim perayaan ini!
Dapatkan resipi penuh Udang Black Pepper Brokoli di sini.
4. Tauhu Lembut Sos Tiram
Image via My Resipi
Lauk tauhu ini mungkin nampak simple tapi gabungan bahan-bahan seperti bawang merah, sos tiram, dan bancuhan tepung jagung memberikan hidangan ini perisa yang cukup istimewa.
Dapatkan resipi Tauhu Lembut Sos Tiram di sini.
5. Ayam Lemon
Image via My Resipi
Hidangan berkualiti restoran ini sebenarnya cukup mudah untuk dibuat sendiri di rumah! Ketulan ayam goreng bersalut kuah lemon yang likat ini pasti digemari seisi keluarga.
Dapatkan resipi penuh Ayam Lemon di sini.
6. Wantan Goreng
Image via My Resipi
Sekali dah start makan wantan ini, pasti susah untuk berhenti! Snek popular ini hanya memerlukan lebih kurang 10 bahan dan boleh disiapkan dalam masa 30 minit.
Dapatkan resipi penuh Wantan Goreng di sini.
7. Ikan Stim
Image via My Resipi
Ikan stim Chinese-style ini menggunakan bahan-bahan yang simple seperti minyak bijan, halia, dan bawang putih untuk memberikan wangian harum kepada hidangan ini. Hidang dengan nasi putih panas-panas!
Dapatkan resipi penuh Ikan Stim di sini.
8. Kuey Teow Daging Halia
Image via My Resipi
Resipi kuey teow ini boleh dicuba untuk hari-hari yang anda terasa ingin makan noodles. Kuey teow berkuah daging halia ini sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah!
Dapatkan resipi penuh Kuey Teow Daging Halia di sini.
