9 Resipi Lauk ‘Special’ Untuk Cuba Hujung Minggu Ini Jika Anda Sukakan Seafood

Kepah, udang, kupang, sotong… semuanya ada!

Enlarge text
Cover ImageCover image via MyResipi

Ingin sediakan hidangan seafood yang istimewa untuk keluarga tersayang sempena cuti panjang yang bakal tiba?

Tidak kira jika anda minat makan lauk udang, sotong, ikan mahupun kerang, dapatkan resipi kegemaran anda di sini:

1. Kerabu Kupang

Gabungan perisa menarik daripada kupang rebus, kerisik, santan dan sedikit perahan limau menjadikan kerabu ini begitu enak dimakan bersama lauk-pauk.

Untuk resipi penuh Kerabu Kupang, klik sini

Image via MyResipi

2. Kepah Tumis Lemak Kuning

Jika anda selalu gunakan ayam atau udang untuk hidangkan masak lemak, berikan sedikit kelainan kepada masakan anda kali ini dengan kepah segar.

Untuk resipi Kepah Tumis Lemak Kuning, klik sini.

Image via MyResipi

3. Udang Grill Sizzling

Sukakan menu ala Mediterannean? Resipi udang panggang ini begitu mudah dibuat dan sedap dimakan bersama nasi Arab.

Untuk resipi Udang Grill Sizzling, klik sini.

Image via MyResipi

4. Pais Sotong

Jika anda sukakan pais, anda wajib cuba resipi Pais Sotong ini. Dengan perencahnya yang penuh berperisa, hasil gabungan pelbagai bahan seperti lengkuas, kunyit, cili api, dan serai, hidangan ini sedap dimakan walaupun begitu saja!

Untuk resipi Pais Sotong, klik sini.

Image via MyResipi

5. Ikan Keli Bakar Dengan Air Asam Bunga Kantan

Image via MyResipi

Ingin buat ikan bakar sendiri di rumah? Ikan Keli Bakar mudah ini disertakan sekali dengan resipi Air Asam Bunga Kantan. Enjoy!

Untuk resipi Ikan Keli Bakar dan Air Asam Bunga Kantan, klik sini.

6. Pindang Kerang

Dengan aromanya yang harum, hasil gabungan bahan-bahan seperti serai dan daun kunyit, hidangan yang simple tapi menyelerakan ini pasti digemari seisi keluarga. 

Untuk resipi Pindang Kerang, klik sini.

Image via MyResipi

7. Tilapia Pekasam Goreng Halia

Image via MyResipi

Minat lauk pekasam? Resipi ini menggunakan tilapia pekasam dan menggunakan halia dan cili sebagai kontra kepada rasa masam-masam masin ikan ini. Dihidang dengan nasi putih saja pun dah cukup sedap!

Untuk resipi Tilapia Pekasam Goreng Halia, klik sini.

8. Udang Masak Berempah

Menu seafood anda tidak lengkap tanpa resipi Udang Masak Berempah ini. Gunakan udang galah segar untuk menyedapkan lagi resipi tumisan berempah ini.

Untuk resipi Udang Masak Berempah, klik sini.

Image via MyResipi

9. Paprik Sotong

Untuk anda yang minat masakan ala Thai bolehlah mencuba resipi Paprik Sotong ini. Lauk ini lebih sedap dimakan jika dihidang dengan Nasi Goreng Pattaya.

Untuk resipi Paprik Sotong, klik sini.

Image via MyResipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini:

Read more trending stories on SAYS