Anda Mesti Cuba Indomie Pizza Yang Menangkap Selera Ini ‘At Least’ Sekali Dalam Hidup Anda

Tak sangka pula mi segera boleh 'convert' menjadi pizza.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Baru kami tahu begini rupanya makanan kegemaran rakan-rakan sekerja kami di SAYS Indonesia, terutamanya sewaktu bajet kekurangan di pertengahan bulan

Inilah dia **Indomie Pizza**! Rekaan *genius* ini bukan saja teramat sedap tetapi juga sangat senang dibuat!

Image via SAYS

Ikuti cara-cara membuat Indomie Pizza menerusi video ini:

**Bahan-bahan**:
– 2 peket Indomie
– 3 biji telur
– Sos pasta
– Keju
– Sosej (sudah dimasak)
– Daging cincang (sudah dimasak)
– Minyak

**Cara-cara:**
1. Gaul telur bersama perencah Indomie.
2. Rebus Indomie.
3. Keringkan dan biar sejuk.
4. Gaul Indomie yang direbus bersama telur yang digaul tadi.
5. Panaskan minyak dan tuang campuran Indomie ke dalam kuali.
6. Leperkan dan masak sehingga perang.
7. Terbalikkan dan masak sehingga perang.
8. Keluarkan daripada kuali dan tambahkan ke atasnya sos pasta, keju, sosej, dan daging cincang.
9. Panaskan di dalam *microwave* selama 5 minit.
10. Hidang!

Topping boleh diubah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Untuk keju pula, anda boleh menggunakan Mozarella ataupun Cheddar.

Image via SAYS

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Makan Indomie Pizza dengan Ayam Goreng pun syok juga:

Minum pula Mangga Susu, memang perfect!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: