10 Idea ‘Breakfast’ Mudah & Ringkas Anda Boleh Masak Untuk Keluarga
Resipi yang sangat simple! 😀
Cover image via My Resipi1. Telur kukus
Image via My Resipi
Inginkan breakfast yang healthy? Resipi Telur Kukus yang mengandungi telur, daun bawang, daun sup, cili merah, bawang dan udang ini khas untuk anda. Gaul sahaja semua bahan-bahan dan kukus. Senang sangat!
Dapatkan resipi penuh Telur Kukus di sini.
2. Sosej Kacang Panggang
Image via My Resipi
Baked beans yang dimasak dengan sosej goreng, cendawan dan cili benggala ini sangat sesuai untuk sarapan pagi. Enak dimakan dengan roti!
Dapatkan resipi penuh Sosej Kacang Panggang di sini.
3. Pancake Mudah
Image via My Resipi
Untuk anda yang sukakan pancake yang fluffy, anda boleh mengikuti resipi ini. Hidangan ini memang sedap dimakan dengan sos maple syrup!
Dapatkan resipi penuh Pancake Mudah di sini.
4. Salad Telur Hancur
Image via My Resipi
Jika anda ingin menjimatkan masa, anda boleh hasilkan resipi ini. Kombinasi telur goreng, lobak merah, kubis, tomato, bawang, cili merah dan ditabur dengan sos mayonis ini memang simple dan sedap!
Dapatkan resipi penuh Salad Telur Hancur di sini.
5. Baked Beans ala Bergedil
Image via My Resipi
Ingin hasilkan hidangan lain daripada lain untuk breakfast? Resipi Baked Beans Begerdil cukup unik ini boleh dibuat menggunakan lima bahan sahaja.
Dapatkan resipi penuh Baked Beans ala Bergedil di sini.
6. Sosej Roll Rangup
Image via My Resipi
Hidangan sosej bersalut roti dan digoreng ini cukup enak dan crispy. Anda pasti akan suka Resipi Sosej Roll Rangup ini!
Dapatkan resipi penuh Sosej Roll Rangup di sini.
7. Chocolate French Toast
Image via My Resipi
Sukakan sesuatu yang sweet untuk breakfast? Jom ikuti resipi Chocolate French Toast cukup ringkas ini!
Dapatkan resipi penuh Chocolate French Toast di sini.
8. Bergedil Ayam/Daging
Image via My Resipi
Jika korang gemarkan hidangan yang klasik, anda boleh hasilkan resipi Bergedil ayam atau daging lembu dengan mengikut selera anda. Jom buat!
Dapatkan resipi penuh Bergedil Ayam/ Daging di sini.
9. Roti Goreng Nestum
Image via My Resipi
Jika ingin hasilkan menu sedikit lain, anda boleh buat roti bersalut Nestum ini! Makan bersama madu pun sedap!
Dapatkan resipi penuh Roti Goreng Nestum di sini.
