9 Idea ‘Desserts’ Mudah Yang Boleh Anda Cuba Untuk Berbuka Hari Ini
Semuanya ringkas dan pasti digemari seisi keluarga!
Cover image via My Resipi1. Apam Teh Hijau
Image via My Resipi
Resipi apam ini diberikan sedikit sentuhan moden dengan menggunakan serbuk teh hijau sebagai penambah perisa. Cara penyediaannya juga ringkas dan hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk disiapkan.
Dapatkan resipi penuh Apam Teh Hijau di sini.
2. Onde Onde Keledek
Image via My Resipi
Hidangan manis ini mungkin nampak rumit tetapi sebenarnya cukup ringkas untuk dibuat – hanya 6 bahan diperlukan!
Dapatkan resipi penuh Onde Onde Keledek Manja di sini.
3. Bubur Jagung Manis
Image via My Resipi
Sukakan bubur manis sewaktu berbuka? Jangan terlepas untuk mencuba resipi Bubur Jagung Manis yang simple dan sedap ini! Gabungan santan pekat, gula merah, sagu, dan jagung segar pasti memuaskan hati.
Dapatkan resipi penuh Bubur Jagung Manis di sini.
4. Agar-Agar Kastard Jelly
Image via My Resipi
Resipi pencuci mulut berwarna-warni ini pasti memeriahkan lagi suasana buka puasa di rumah! Cara penyediaannya juga cukup ringkas – anda hanya perlu bancuhkan adunan kastard, masukkan jelly pelbagai warna, dan simpan di dalam peti sejuk sehingga waktu berbuka.
Dapatkan resipi penuh Agar-Agar Kastard Jelly di sini.
5. Kuih Talam Pisang
Image via My Resipi
Sukakan kuih talam? Resipi Kuih Talam Pisang ini khas untuk anda! Kuih manis ini menggunakan adunan pisang sebagai lapisan bawah dan dilengkapkan dengan adunan santan berkrim sebagai lapisan atas.
Dapatkan resipi penuh Kuih Talam Pisang di sini.
6. Kuih Kaswi Pandan
Kuih tradisional ini enak dihidangkan sewaktu berbuka untuk seisi keluarga. Kuih ini mengambil masa hanya 45 minit untuk disiapkan.
Dapatkan resipi penuh Kuih Kaswi Pandan di sini.
7. Coffee Jelly
Image via My Resipi
Pencuci mulut moden ini menggabungkan lapisan agar-agar kopi bersama agar-agar susu berkrim. Yang sukakan kopi susu pasti akan sukakan hidangan ini!
Dapatkan resipi penuh Coffee Jelly di sini.
8. Sagu Warna-Warni
Image via My Resipi
Untuk menyediakan resipi ringkas ini, anda hanya perlu merebus sagu hingga masak dan kemudian hidangkan bersama kuah santan. Mudah, kan? 😉
Dapatkan resipi penuh Sagu Warna-Warni di sini.
