Cucur Labu Manis & 12 Lagi Resipi Kuih Minum Petang Yang Anda Boleh Cuba ‘Weekend’ Ini
Semuanya simple dan sedap!
Cover image via My Resipi1. Jemput-Jemput Kentang
Image via My Resipi
Dengan gabungan kentang dan udang, jemput-jemput digoreng rangup ini cukup mudah dibuat dan enak dihidangkan untuk seisi keluarga.
Dapatkan resipi penuh Jemput-Jemput Kentang di sini.
2. Cucur Ayam
Image via My Resipi
Walaupun udang selalunya digunakan untuk membuat cucur, anda boleh juga gunakan dada ayam untuk menghasilkan snek yang mudah dan menyelerakan!
Dapatkan resipi penuh Cucur Ayam di sini.
3. Cekodok Ubi Kayu Rangup
Image via My Resipi
Resipi ini menggunakan adunan berempah untuk memberikan sedikit extra flavour. Hidangkan bersama teh O panas, lagi sedap!
Dapatkan resipi penuh Cekodok Ubi Kayu Rangup di sini.
4. Cucur Labu Manis
Image via My Resipi
Untuk anda yang sukakan cucur manis bolehlah cuba resipi cucur labu yang lembut di dalam dan rangup di luar ini!
Dapatkan resipi penuh Cucur Labu Manis di sini.
5. Cucur Udang
Image via My Resipi
Resipi klasik ini boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan sebahagian daripada rojak homemade.
Dapatkan resipi penuh Cucur Udang di sini.
6. Cucur Lemak Kentang
Image via My Resipi
Cucur gebu dan lembut ini begitu sedap, sekali dah cuba pasti nak lagi!
Dapatkan resipi penuh Cucur Lemak Kentang di sini.
7. Cekodok Pisang
Image via My Resipi
Inginkan cucur berperisa klasik? Anda pasti sukakan resipi Cekodok Pisang mudah ini!
Dapatkan resipi penuh Cekodok Pisang di sini.
8. Cekodok Betik
Image via My Resipi
Pernah cuba gunakan betik untuk dibuat cucur? Anda harus cuba resipi kuih manis unik ini at least sekali!
Dapatkan resipi penuh Cekodok Betik di sini.
9. Cucur Jagung
Image via My Resipi
Ingin tahu bagaimana caranya untuk dapatkan cucur jagung extra crispy? Ikuti resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Cucur Jagung di sini.
10. Cucur Bilis
Untuk anda yang lebih sukakan ikan bilis, resipi ini khas untuk anda. Jika mahu, anda boleh tambahkan sayuran seperti hirisan lobak merah kepada adunan ini.
Dapatkan resipi penuh Cucur Bilis di sini.
11. Cucur Topi
Image via My Resipi
Kuih unik yang cukup popular di Kelantan ini boleh dibuat menggunakan empat bahan sahaja. Simple dan sedap!
Dapatkan resipi penuh Cucur Topi di sini.
12. Cucur Nasi Udang Kering
Image via My Resipi
Tip: Anda boleh gunakan lebihan nasi untuk membuat cucur! Gaulkannya bersama tepung, bawang goreng, daun bawang dan beberapa lagi bahan untuk hasilkan snek yang serious padu!
Dapatkan resipi penuh Cucur Nasi Udang Kering di sini.
