Remy Ishak Kini Secara Rasmi Diumum Sebagai Duta Kopi Tenaga Ikonik, Alicafé

Alicafé kini kembali dengan pelancaran kempen terbaharunya, #KuasaKauKaw.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Alicafé & Iqmal Hazzwan/SAYS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Alicafé dengan bangganya mengumumkan pelantikan Datuk Remy Ishak sebagai Duta Rasmi Jenama sehingga tahun 2027, satu pilihan yang melangkaui lebih daripada sokongan selebriti semata

Datuk Remy Ishak bukan sekadar wajah dikenali di layar perak malah beliau adalah simbol lelaki Malaysia masa kini yang yakin tetapi merendah diri, bercita-cita tinggi namun berprinsip, moden tetapi tetap berakar pada tradisi.

"Datuk Remy melambangkan kualiti yang kami junjung tinggi: tenaga yang tiada batas, ketabahan, serta penghormatan yang mendalam terhadap warisan dan asuhan," kata Yang Amat Dihormati  Tengku Dato' Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Pengerusi Power Root Berhad.

"Kejayaan beliau selama lebih dua dekad, peranan baharu sebagai seorang bapa, serta kehadirannya yang konsisten dalam masyarakat menjadikan beliau lebih daripada sekadar seorang selebriti.

"Keperibadian jejaka moden yang diamalkan beliau adalah cerminan sebenar lelaki Malaysia masa kini, seorang yang menzahirkan nilai dalam pemikiran, tindakan dan keyakinan."

SAYS.com
Image via Iqmal Hazzwan/SAYS

Bukan sekadar menjadi duta, malah menyokong jenama tempatan

Menurut pelakon tersebut, pemilihannya sebagai duta terbaharu Alicafé ini turut merupakan caranya menyokong jenama tempatan negara.

"Saya percaya setiap kejayaan bermula dengan tenaga yang betul. Alicafé melambangkan gaya hidup aktif, bertenaga dan memberi inspirasi yang seiring dengan perjalanan kerjaya saya.

"Menjadi Duta Alicafé bukan sekadar kerjasama komersial, malah cara saya menyokong produk tempatan Malaysia yang sebenar," katanya.

Selama lebih 20 tahun, Alicafé sinonim dengan tenaga berasaskan warisan, menggabungkan semangat semula jadi dengan kualiti kopi yang tiada tandingan.

Formula inilah yang menjadikan Alicafé Tenaga Legenda™, Gabungan unik Tongkat Ali, Ginseng dan kopi berkualiti pilihan jutaan rakyat Malaysia.

SAYS.com
Image via Alicafé

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: