Remaja Memandu Hingga Sebabkan 5 Kematian Diikat Jamin, Bapa Mengaku Bersalah & Dihukum
Difahamkan, remaja terbabit diikat jamin sebanyak RM5,000.
Cover image via Harian Metro
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Majistret membenarkan remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa memandu mengakibatkan kematian lima individu di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru, Kuching, Sarawak 14 Januari lalu diikat jamin RM5,000
Menurut laporan Harian Metro, selepas menerima laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan tertuduh bawah umur itu dijamin oleh ibu bapanya dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, dalam kejadian pada 12.50 tengahari 14 Januari lalu, remaja terbabit yang tidak mempunyai lesen didakwa memandu kereta Proton Saga secara melulu sehingga menyebabkan kereta itu terbabas sebelum merempuh pengguna jalan raya lain di laluan bertentangan.
Insiden itu telah mengorbankan lima individu berumur antara 16 hingga 42 tahun yang menaiki kereta Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal iaitu Yamaha dan Modenas.
Image via Harian Metro
Dalam pada itu, bapa remaja itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan anaknya memandu tanpa pengawasan
Image via Harian Metro
Susulan itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuching, Noraini Ahmad menjatuhkan hukuman denda RM15,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Tertuduh juga diarah menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan selama 100 jam dalam tempoh enam bulan.
Sementara itu, isteri salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian itu nekad menuntut hukuman setimpal dikenakan terhadap remaja terbabit.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


