[VIDEO] Remaja Ditumbuk & Ditendang, Polis Siasat Kes Buli Di PPR Cheras
Mangsa berumur 15 tahun dan telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil.
Cover image via Malaysia Sentral & Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibuli oleh dua lagi remaja di Program Perumahan Rakyat (PPR)
Image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 11.50 pagi, 7 Oktober 2020.
"Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham antara dia dengan dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu.
"Kedua-dua suspek itu telah memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan," katanya.
Video penuh di bawah telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter pagi semalam, 8 Oktober 2020:
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Image via SAYS Seismik
MOST READ


