Remaja Di Shah Alam Didakwa Diliwat & Dikurung Selama 3 Jam Oleh Lelaki Tidak Dikenali

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu untuk berbual.

Enlarge text
Cover ImageCover image via EWN & New Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbualan ringkas tentang pakej Internet mudah alih bertukar trauma bagi seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Shah Alam selepas diikat, dipercayai diliwat dan dikurung selama tiga jam

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian terbabit dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning pada 11 Mei.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata suspek didakwa telah memperdaya remaja itu dengan janji untuk mendapatkan tawaran pakej internet telefon bimbit.

Ramsay memaklumkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) merakam suspek dan mangsa bersama-sama sekitar jam 8.05 pagi, sebelum keadaan menjadi teruk di dalam unit tersebut.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Mangsa diberitahu perlu membantu membawa barang-barang ke rumah suspek bagi mendapatkan bungkusan tersebut

Menurut Ramsay, suspek dilihat berkelakuan seperti biasa sebelum jenayah yang didakwa berlaku.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja berada di dalam apartmen, tangan dan kaki remaja lelaki itu diikat, sebelum dia turut didakwa diliwat lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Remaja itu kemudiannya ditinggalkan bersendirian di unit berkenaan selama kira-kira tiga jam dalam keadaan masih dikurung.

Dalam keadaan trauma, remaja berusia 14 tahun itu berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta tolong melalui tingkap bilik tidur. Jeritannya menarik perhatian jiran-jiran, yang dengan cepat campur tangan dan menyelamatkannya.

Polis segera dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar jam 12 tengah hari. Ramsay mengesahkan bahawa suspek telah dikenal pasti, dan pemburuan sedang dijalankan untuk mengesannya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via DI

Kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan; Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks di luar tabii

Ramsay, yang mengetuai siasatan, menyatakan bahawa suspek juga menghadapi tuduhan mengurung secara salah dan menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan suspek untuk tampil ke hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik