Remaja Bawah 15 Tidak Dibenarkan Masuk Pertandingan Sukan Tempur Yang Tiada Pelindung Keselamatan

Kenyataan dikeluarkan susulan banyak laporan polis diterima di mana masyarakat tidak selesa melihat kanak-kanak dipertaruhkan untuk bertempur.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ONE & The Sun
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua penganjur acara sukan tempur dilarang melibatkan atlet bawah umur 15 tahun dalam acara full contact tanpa pelindung keselamatan

Menerusi sidang media Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Menterinya, Hannah Yeoh berkata acara-acara seperti itu perlulah menyediakan kelengkapan keselamatan yang lengkap dan kebenaran badan pengelola kebangsaan masing-masing.

Menurutnya, penyertaan atlet bawah 15 tahun bagi sukan tempur mixed martial arts (MMA), muay thai, kickboxing dan tinju hanya dibenarkan dalam kejohanan rasmi anjuran Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persatuan Sukan Negeri yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan.

"Pesuruhjaya sukan diberi tanggungjawab bagi mengkaji keseluruhan mekanisme mengawal selia acara-acara sukan seperti tinju, muay thai, kickboxing dan MMA demi memastikan keselamatan dan integriti pertandingan un-armed combat.

"Langkah-langkah semua ini menunjukkan kesungguhan KBS untuk memastikan penganjuran sukan tempur di Malaysia dijalankan secara selamat, profesional dan beretika serta melindungi kebajikan atlet terutamanya kanak-kanak," katanya.

SAYS.com

Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Image via Facebook

KBS mengikut garis panduan badan antarabangsa yang menyatakan penyertaan kanak-kanak bawah 15 tahun perlu ada pemantauan ketat

"Kita nak pastikan kanak-kanak tidak digunakan untuk mempengaruhi jualan tiket ataupun dijadikan aset hiburan bagi acara yang dinajurkan.

"Empat sukan ini full body contact dan dalam acara ini mereka dibenarkan melawan sehingga KO, bermaksud ada risiko kecederaan dan risiko kematian yang tinggi kalau penganjur tidak mempunyai pengalaman ataupun latar belakang dan tidak ada SOP yang terkawal," jelas menteri itu.

Hannah Yeoh turut memaklumkan pengumpulan data adalah penting dalam acara-acara sukan yang disebutnya.

"Ada yang menganjurkan selebriti ataupun kanak-kanak A lawan B, berat badan mungkin tidak dipantau, pengalaman juga mungkin tidak dipantau yang tidak seimbang, bila mereka dibenarkan berlawan, yang tidak berpengalaman ada risiko kecederaan yang tinggi," katanya.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: