Remaja 16 Tahun Ditangkap Edit Gambar Mangsa & Bogelkan Guna AI Untuk Jual RM2 Sekeping
Suspek dipercayai telah memuat naik dan menjual gambar lucah tersebut dalam talian.
Cover image via Berita Harian & GrokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis selepas disyaki menjual gambar lucah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)
Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata laporan telah diterima daripada seorang remaja perempuan berusia 18 tahun 3 April lalu mendakwa gambarnya telah digunakan dan disunting ke dalam gambar lucah sehingga ia tular di media sosial.
"Mangsa mendapati gambar lucah itu turut cuba dijual dalam talian. Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menyunting dan memuat naik gambar mangsa-mangsa suspek ke laman sosial bagi tujuan jualan.
"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh gambar mangsa daripada akaun media sosial sebelum menyuntingnya menggunakan aplikasi AI. Setiap keping gambar dipercayai dijual pada harga RM2," katanya.
Suspek yang masih bersekolah kini direman empat hari bermula semalam
Menurut Kumar, bagi membantu siasatan lanjut, suspek kini dalam tahanan reman polis selama empat hari bermula semalam.
Tambahnya, pihak polis turut telah menerima lapan laporan lain yang membabitkan kes dan suspek yang sama.
"Mangsa yang terjejas disaran tampil membuat laporan polis di balai berdekatan. Sebarang maklumat berkaitan kes boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Huda Shohodin di talian 013-5382698," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


