Remaja 15 Tahun Terima Biasiswa Penuh Lepas Jadi Hero Selamatkan 50 Mangsa Banjir

Terbaiklah!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja yang bantu menyelamatkan kira-kira 50 orang daripada banjir kilat semasa Taufan Tino telah dianugerahkan biasiswa penuh atas keberaniannya

Menerusi laporan interaksyon, pihak berkuasa tempatan Liloan di Wilayah Cebu telah memberikan biasiswa kepada Jayboy Magdadaro, 15 tahun, sebagai pengiktirafan atas 'tindakan keberanian' menyelamatkan kira-kira 50 orang yang memerlukan bantuan untuk mengharungi banjir disebabkan oleh hujan lebat dari semasa Taufan Tino melanda Barangay Jubay, Liloan, Filipina.

Dalam tempoh hampir sehari, remaja terbabit telah bertindak menyelamatkan mangsa-mangsa banjir walaupun perlu mengharungi air yang semakin meningkat dan hujan lebat.

"Walaupun airnya deras, saya memaksa diri untuk membantu kerana saya dapat mendengar orang menjerit," kata Jayboy.

Dia berkongsi bahawa minatnya terhadap skimboarding di laut telah memberinya kemahiran untuk meredah banjir.

Turut terima elaun bulanan sebanyak RM210

Sebagai balasan untuk tanda penghargaan, dia telah diberikan biasiswa penuh sehingga tamat pengajian di kolej, merangkumi mana-mana kursus pilihannya.

Biasiswa ini menanggung semua yuran sekolahnya termasuk elaun bulanan sebanyak P3,000 (RM210).

Wilayah Cebu merupakan antara yang paling teruk terjejas oleh Taufan Tino, kini telah meragut sekurang-kurangnya 232 nyawa dan menyebabkan beberapa komuniti kehilangan tempat tinggal.

Taufan itu menyebabkan kejadian banjir teruk yang meluas mengakibatkan limpahan Sungai Cotcot, antara sungai yang menghadapi limpahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: