Ada 5 Sebab Utama Kenapa Rayani Air Dikritik Bertubi-Tubi Oleh Orang Ramai
Baru saja hampir dua bulan beroperasi, Rayani Air mendapat kecaman yang begitu hebat sekali.
Cover image via SAYSSeperti yang semua tahu, penerbangan Rayani Air dari Langkawi ke Kuala Lumpur semalam terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal. Hal ini telah menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas.
Penumpang terpaksa pergi ke kaunter Rayani Air untuk mendapatkan 'refund'.
Image via www.ismaweb.net
Selepas disiasat, mereka mendapati bahawa cermin kokpit pesawat tersebut telah retak. Ia mungkin terjadi atas sebab sabotaj dari pihak yang tak bertanggungjawab.
Kes ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai di laman sosial. Menerusi ruangan komen, kami dapat kenal pasti 5 sebab kenapa Rayani Air dikritik teruk. Lihat senarai di bawah:
1. Selalu sangat flight cancelled dan semuanya diberitahu pada saat-saat akhir
Image via RayaniAir/Facebook
2. Customer service yang tidak memuaskan dan begitu susah untuk dihubungi
Image via RayaniAir/Facebook
3. Langsung tak ada contingency plan untuk para penumpang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dirancang. Kalau ada pun, ianya dikatakan tidak setimpal.
Image via RayaniAir/Facebook
4. Hanya ada dua buah kapal terbang lama yang beroperasi dan tiada backup plane sekiranya berlaku kerosakan kepada pesawat
Image via RayaniAir/Facebook
5. Menggunakan 'patuh shariah' sebagai strategi pemasaran tetapi pelaksanaannya tidak secara menyeluruh
Image via RayaniAir/Facebook
Walau bagaimanapun, masih ada sinar di hujung terowong 🙂
Image via RayaniAir/Facebook
Image via RayaniAir/Facebook
Apa pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan pada ruangan komen di bawah.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

