Raya Makin Dekat, TikTok Shop Tawar Diskaun Sehingga 50% & Pulangan 30 Hari
Jangan terlepas peluang hebat ini!
Cover image via TikTok ShopFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
TikTok Shop kini kembali dengan kempen Ramadan New Arrival Week pastinya membuatkan anda tersenyum lebar
Kempen ini menawarkan diskaun sehingga 50%, lengkap dengan jaminan barangan 100% tulen, penghantaran percuma dan pulangan percuma sehingga 30 hari.
Untuk pengetahuan anda, kempen ini berlangsung dari 12 Februari hingga 11 Mac, menghimpunkan lebih 400 produk baharu daripada 100 jenama popular.
Daripada barangan penjagaan diri, kelengkapan rumah, fesyen hinggalah ke keperluan keluarga, semuanya boleh didapati dengan harga lebih berbaloi sepanjang tempoh ini.
Ramadan Super Brand Day tawar diskaun lebih padu

Bukan itu sahaja, sepanjang 27 Februari hingga 3 Mac, TikTok Shop turut mengadakan Ramadan Super Brand Day selama lima hari khas untuk jenama terpilih.
Menariknya, pengguna boleh menikmati penghantaran percuma tanpa had untuk jenama yang mengambil bahagian.
Antara jenama dan tawaran menarik termasuk:
- KAHF Malaysia dengan diskaun sehingga 50%
- SKINMADE sehingga 60%
- Haier Malaysia sehingga 50%
- HUAWEI Malaysia sehingga 35%
- PUMA Malaysia sehingga 50%
- Telekung Siti Khadijah sehingga 50%
- HIALIA HQ sehingga 50%
- Pediasure, Ensure dan Similac sehingga 35%
- Dagmara PowerTools Malaysia sehingga 80%
- GCW Shop sehingga 30%
Sama ada anda sedang mencari telekung baharu, kasut raya, barangan dapur atau stok nutrisi untuk ibu bapa dan anak-anak, semuanya boleh dibeli terus dengan lebih yakin kerana setiap produk dijamin tulen.
Main 'Crack Egg', kumpul ganjaran & berpeluang menang emas
Selain membeli-belah, pengguna juga boleh sertai permainan interaktif 'Crack Egg' yang tersedia di Shop Tab.
Konsepnya mudah. Anda hanya perlu selesaikan tugasan harian seperti check-in atau melayari produk untuk membuka dan memecahkan telur emas.
Setiap hari, sehingga tiga telur boleh ditebus. Lebih banyak telur dipecahkan, lebih banyak kad ganjaran boleh dikumpul untuk melayakkan diri menerima hadiah lebih besar seperti baucar, diskaun tambahan, kelebihan penghantaran dan tawaran beli sekarang bayar kemudian.

Bagi yang berjaya melengkapkan koleksi kad sepenuhnya, anda berpeluang memenangi hadiah fizikal termasuk emas.
Kitaran kedua berlangsung dari 26 Februari hingga 3 Mac, manakala kitaran terakhir akan diadakan dari 4 hingga 13 Mac.
Dengan pelbagai promosi, permainan ganjaran dan jaminan barangan tulen, kempen ini memberi peluang kepada anda untuk berjimat sambil membuat persiapan Ramadan dan Raya dengan lebih terancang.
Jangan tunggu saat akhir, buka Shop Tab di TikTok dan nikmati tawaran hebat ini selagi masih berlangsung.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

