Raya Lebih Bermakna Bila Kita Hargai ‘Hero’ Yang Selalu Ada
Setiap kali raya, timeline kita penuh dengan benda yang sama. OOTD sedondon, rumah kemas, gambar keluarga dengan caption panjang penuh emosi. Semua nampak sempurna.
Cover image via PruBSNFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh PruBSN.
Tapi pernah tak kita berhenti sekejap dan fikir, siapa yang sebenarnya buat semua itu jadi realiti?
Tahun ini, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), menerusi video raya bertajuk Hero Raya, mengajak kita untuk sama-sama melihat dan menghargai hero sebenar dalam hidup kita. Mesej dia simple, tapi kena tepat pada hati.
Bukan sebagai watak utama dalam drama, tetapi insan yang setia memikul tanggungjawab setiap hari tanpa banyak suara.
Inilah hero yang sebenar, mereka yang sentiasa bersedia dan merancang yang terbaik untuk keluarga yang tersayang.
Meerqeen tampil berbeza, bukan lagi hero layar kaca
Tonton, komen & menang dalam 'Kisah Hero Raya'
Dah tonton video raya kan? Jangan lepaskan peluang sertai peraduan Tonton dan Menang Kisah Hero Raya.

Peraduan ini berlangsung dari 5 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026, jam 11.59 malam.
Anda hanya perlu ikuti langkah mudah dibawah:
- Tonton video rasmi Hero Raya di platform rasmi media sosial PruBSN.
- Like hantaran tersebut.
- Tinggalkan komen dengan menandakan (tag) tiga orang hero dalam hidup anda.
- Isi borang penyertaan rasmi di laman web PruBSN dengan maklumat lengkap.
Pemenang akan diumumkan di media sosial rasmi PruBSN. Mungkin inilah masa untuk anda kongsikan siapa hero sebenar dalam hidup korang.
20 tahun PruBSN menyaksikan langkah berani rakyat Malaysia
Kempen raya ini selari dengan ulang tahun ke-20 PruBSN menerusi tema Kaulah Hero Duniamu.
Selama dua dekad, PruBSN membina hubungan yang rapat dengan rakyat Malaysia. Dari individu bujang yang baru mula bekerja, kepada pasangan muda yang sedang membina keluarga, hinggalah ibu bapa yang mahu pastikan masa depan anak-anak sentiasa dilindungi.
Setiap fasa kehidupan hadir dengan cabaran tersendiri dan setiap keputusan yang diambil adalah satu bentuk tanggungjawab.
Bagi PruBSN, perlindungan bukan sekadar sijil takaful semata-mata. Ia tentang memberi keyakinan supaya rakyat Malaysia boleh melangkah ke hadapan tanpa rasa takut.
Berani untuk membuat keputusan untuk menjalani kehidupan tanpa dibelenggu rasa risau terhadap perkara yang tidak diduga.
Apabila rakyat Malaysia memilih untuk bersedia, perlindungan itu menjadi nyata. Sepanjang tahun 2024 sahaja, PruBSN telah membayar tuntutan sebanyak RM1.2 bilion melibatkan perlindungan kematian, penyakit kritikal dan kemalangan.
Angka ini bukan kecil. Ia mencerminkan kesedaran masyarakat untuk lebih peka dan pada masa sama menunjukkan komitmen PruBSN menunaikan janji kepada pelanggan.
Dalam dunia yang serba tidak menentu, rasa selamat itu sendiri adalah satu kekuatan. Dan di situlah lahirnya hero sebenar. Mereka yang memilih untuk bersedia melindungi insan tersayang.
Ta'awun Ramadan kini kembali
Sempena ulang tahun ke-20 ini juga, PruBSN meneruskan program Ta'awun Ramadan untuk tiga tahun berturut-turut.
Melibatkan 600 orang petugas dan ejen Takaful sebagai sukarelawan di seluruh negara, program ini merangkumi aktiviti memasak, membungkus dan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada komuniti setempat.
Istimewanya tahun ini, 20 juadah tempatan diperkenalkan sebagai simbol 20 tahun perjalanan PruBSN. Setiap hidangan melambangkan kepelbagaian, kebersamaan dan semangat membantu antara satu sama lain.
Ta'awun yang bermaksud pertolongan bersama adalah prinsip asas Takaful dan prinsip inilah yang terus menjadi nadi kepada PruBSN dalam memperkasa rakyat Malaysia agar lebih bersedia melindungi diri dan keluarga.
Raya ini, mungkin kita tak perlu cari hero jauh-jauh.
Kadang-kadang hero itu adalah insan yang setiap hari memastikan dapur berasap, bil dibayar dan masa depan keluarga terjamin.
Dan seperti mesej kempen ini, mungkin juga hero itu adalah diri anda sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

