[RASMI] Simple Plan Kembali Lagi Ke Malaysia, Kali Terakhir Adakan Konsert Jelajah Pada 2023

Konsert ini akan diadakan di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 21 November 2026.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Simple Plan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 21 November 2026 ini sebagai sebahagian daripada jelajah 'The Bigger Than You Think!'

Dianjurkan oleh RK Live Asia dan Midas Promotion, konsert ini akan diadakan di Idea Live Arena.

"Asia Tenggara! Anda telah lama bertanya dan kami ada berita besar untuk anda," tulis band tersebut pada kapsyen dalam hantaran di laman sosial.

Kumpulan muzik itu juga berkongsi rasa teruja untuk kembali ke rantau ini sambil menambah persembahan kali ini akan menjadi lebih istimewa memandangkan ia bersempena meraikan ulang tahun ke-25 mereka.

SAYS.com
Image via Event Fabrik

Juga akan disertai oleh penyanyi dan penulis lagu dari Kanada, LØLØ

Simple Plan akan mengadakan konsert jelajah di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Hong Kong, menyifatkannya sebagai kepulangan yang telah lama dinantikan selepas membuat konsert jelajah di rantau ini pada 2023.

Berikut adalah tarikh konsert jelajah mereka:
– Singapura (22 November 2026)
– Manila (25 November 2026)
– Jakarta (27 November 2026)
– Surabaya (28 November 2026)
– Hong Kong (1 Disember 2026)

Tiket pra-jualan akan mula dijual pada jam 11 pagi pada 4 Mei, manakala jualan biasa bermula pada jam 11 pagi pada 5 Mei. Tiket akan tersedia di Ticketmelon dan Fantopia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik