[RASMI] Senarai Menteri, Timbalan Menteri Yang Baharu Kerajaan Malaysia MADANI

Semoga maju jaya dan selamat bertugas semuanya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anwar Ibrahim (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya

Difahamkan, pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

"Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan," katanya.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen, serta pada platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar

Untuk rekod, rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)Image via

Berikut di bawah antara senarai penuh menteri dan timbalan menteri yang baharu:

Menteri

1. Hannah Yeoh – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

2. Mustafa Sakmud – Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak

3. Zulkifli Hasan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

4. Johari Ghani – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

5. Steven Sim – Menteri Usahawan dan Koperasi

6. Akmal Nasrullah Mohd Nasir – Menteri Ekonomi

7. Mohammed Taufiq Johari – Menteri Belia dan Sukan

8. Arthur Joseph Kurup – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

9. Noraini Ahmad – Menteri Perladangan dan Komoditi

10. R Ramanan – Menteri Sumber Manusia

Timbalan Menteri

1. Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Kewangan

2. Marhamah Rosli – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

3. Mohamad Alamin – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

4. Sim Tze Tzin – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

5. Lo Su Fui – Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

6. Adam Adli Abd Halim – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

7. Chan Fong Hin – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: