Ranking Harimau Malaya Kini Jatuh Ke Tangga 121 Dunia, Kesan Isu Pemain Warisan

Kedudukan semasa melihatkan Malaysia hanya satu anak tangga mengatasi Indonesia di ranking ke-122.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FAM & FIFA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sudah menampakkan impaknya apabila ranking Harimau Malaya kini jatuh ke kedudukan 121 dunia

Menerusi laporan Berita Harian, kemas kini terbaharu ranking FIFA yang dikeluarkan semalam menyaksikan skuad negara jatuh lima anak tangga kini menghuni kedudukan ke-121 dunia.

Perubahan ranking ini berlaku susulan hukuman badan induk itu membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan dengan Cape Verde, Singapura dan Palestin dengan Malaysia dianggap tewas 0-3.

"Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 121 dunia, turun 5 anak tangga berbanding 116 pada kemas kini terdahulu, 19 November 2025. Kemas kini seterusnya 19 Januari 2026," jelas FAM dalam satu pengumumannya di laman sosial.

SAYS.com
Image via FAM

Sekali gus memadam rekod tanpa kalah pada tahun 2025

Keputusan berkenaan bukan sahaja menyebabkan ranking Malaysia jatuh malah turut memadam rekod tanpa kalah yang dilakar skuad bimbingan Peter Cklamovski sepanjang tahun ini.

Kemas kini terbaharu menyaksikan Cape Verde naik satu anak tangga ke-68 dunia sementara Singapura yang tewas 1-2 di tangan Malaysia naik tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-148 dunia.

Palestin yang tewas 0-1 di tangan Malaysia pula naik satu anak tangga ke ranking ke-95 dunia.

Skuad Harimau Malaya kini mempunyai 1,145.89 mata yang mana mereka kehilangan kira-kira 22 mata berbanding ketika berada di ranking ke-116 dunia dengan 1,168 mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: