[RANGKUMAN] Adakah Kebajikan Guru KAFA Di Selangor Akan Terbela?
"Kami tak minta gaji mewah. Ini soal integriti menteri besar untuk tunaikan apa yang dijanjikan kepada kami," luah seorang guru KAFA.
Cover image via suarainsan.netMinggu lalu, sekumpulan guru KAFA menangis dan merayu di perkarangan Bangunan SUK, Shah Alam, agar Kerajaan Negeri Selangor menaikkan elaun mereka kerana ia telah dijanjikan tetapi tidak diberikan sehingga kini
Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), **Ekhsan Bukharee Badarul Hisham**, 24, dalam video ini dihalang apabila cuba memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun golongan itu kepada wakil rakyat.
Penyerahan memorandum dibuat bagi menuntut kerajaan negeri menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang berjanji untuk menaikkan gaji minimum RM1500 sebulan.
Apa kata kita lihat semula kronologi kenaikan gaji guru KAFA di Selangor dari tahun 2013.
Januari 2013: Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha untuk mengangkat martabat guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub ilmuan dan pendidikan
Beberapa inisiatif awal juga diambil Kerajaan Negeri seperti menaikkan elaun guru KAFA daripada RM 700 kepada RM1,000 sebulan yang telah memberi manfaat kepada hampir 6,000 orang guru KAFA di seluruh Selangor
April 2013: Ternyata, langkah awal ini membuahkan hasil apabila gaji guru KAFA di Selangor dinaikkan kepada RM1,300 di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat
Namun begitu, dalam keadaan rakyat terus ditekan oleh kenaikan kos sara hidup, guru-guru KAFA memohon kenaikan gaji agar setimpal dan lebih munasabah.
November 2014: Permintaan mereka tidak dipandang sepi, sebaliknya mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Januari 2015: Kajian berhubung kenaikan gaji guru KAFA telah siap dan akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat
April 2015: Gaji guru KAFA masih tidak dinaikkan
Image via youtube.com
Disebabkan tindakannya "merempuh" Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu, Ekhsan Bukharee bakal dikenakan tindakan tegas
Perkhidmatan Ekhsan sebagai guru KAFA juga bakal diberhentikan sekiranya beliau gagal menjawab surat yang dikemukakan JAIS itu.
Ekhsan Bukharee bagaimanapun memberi respon, "Jika ini harga sebuah perjuangan untuk naikkan elaun guru KAFA, saya rela dipecat dan yang penting saya dapat melihat pendidik anak bangsa kita ini dibela."
Pada masa yang sama, beliau turut mendakwa diugut oleh beberapa pegawai JAIS jika terus membuat kenyataan secara terbuka kepada media berhubung isu tersebut
Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didesak segera menyelesaikan isu kenaikan gaji guru KAFA negeri itu dan bukan terus berdiam diri
"Jika kerajaan PR mengatakan Barisan Nasional sering memberi 'gula-gula' kepada rakyat, apa bezanya mereka ini, yang turut jadikan kenaikan elaun sebagai 'gula-gula' tetapi tidak tunaikan janji?" soal Ekhsan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ


