Segala Tentang RUU MKN Yang Menjadikan Najib Lebih Berkuasa Daripada Sebelum Ini
Akta terbaru ini telah pun diluluskan oleh Parlimen.
Cover image via www.malaysia-chronicle.comPada 3 Disember 2015, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan di peringkat dasar Parlimen dengan majoriti menyokong usul yang dibawa Putrajaya itu
Image via www.themalaysianinsider.com
Rang undang-undang itu memperuntukkan Perdana Menteri sebagai pengerusi, dan Timbalan Perdana Menteri sebagai timbalan pengerusi
Image via www.malaysia-chronicle.com
Image via www.malaysiakini.com
Pakatan Harapan membantah RUU MKN sekeras-kerasnya yang dianggap melampau kerana memberi kuasa berlebihan kepada Perdana Menteri dan boleh membahayakan kebebasan awam
Image via www.themalaymailonline.com
Sebagai contoh, Datuk Seri Najib mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai "kawasan keselamatan" dan serta-merta mengharamkan perhimpunan anti-kerajaan seperti Bersih
Image via SAYS
Isu ini turut mendapat bantahan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mendakwa Rang Undang-Undang ini menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Namun begitu, Datuk Seri Shahidan menafikan dakwaan bahawa rang undang-undang ini mengambil alih kuasa Yang diPertuan Agong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Image via www.themalaysiantimes.com.my
Pakatan Harapan juga menganggap undang-undang baru ini akan menjadikan Malaysia sebuah 'negara polis' kerana terlalu banyak peruntukan yang zalim dan menindas
Apa pendapat anda?
Tun M meramalkan kekalahan UMNO pada pilihan raya akan datang:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

