Ramai Warga Indonesia Kongsi Suka Datang Ke KL Sebab Lebih Bersih & Lokasi Strategik
Orang KL setuju ke?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai orang tempatan, mungkin kita merasakan bahawa kawasan ibu kota Kuala Lumpur boleh berikan kita tekanan
Namun lain pula pendapat bagi kebanyakan warga Indonesia yang sering datang ke ibu negara Malaysia ini.
Menerusi sebuah perkongsian di Threads, seorang warga Indonesia yang selalu datang ke Kuala Lumpur, @nikkoilham memuji bandar tersebut memberitahu dia tidak pernah bosan setiap kali melawat.
"Walaupun dah selalu sangat pergi Kuala Lumpur, saya tak pernah rasa bosan dengan bandar ini.
"Pengangkutan awam yang semua saling bersambung. Laluan pejalan kaki yang mesra pengguna. Udara pun bersih. Dan banyak lagi benda menyenangkan dekat sini," katanya.

Menekankan orang ramai dapat ke mana-mana sahaja dengan mudah dengan adanya perkhidmatan pengangkutan lain selain teksi
"Bayangkan, dari lapangan terbang anda boleh pergi mana-mana guna pengangkutan awam (tren/bas) tanpa perlu naik teksi langsung.
"Nak ke pusat beli-belah, kawasan perniagaan, pusat kerajaan, kawasan perumahan, malah ke galeri seni sekali pun semua boleh dicapai dengan pengangkutan awam," ujarnya.
Dalam sebuah perkongsian yang lain, seorang lagi warga Indonesia berkata suasana di Kuala Lumpur tenang dan tersusun.
"KL ini memang best kan vibe dia. Bersih, teratur, rapi, memang sedap mata memandang," kata @monilando.
"Alhamdulillah saya pilih untuk tinggal di KL, sebab saya memang suka suasana negara ini, bersih, tak banyak pencemaran dan hijau, penuh pokok-pokok," kongsi seorang lagi warga Indonesia di ruangan komen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 