Ramai Tak Sedar Ada Khairat Kematian Tabung Haji – “Bayar RM28 Setahun, Waris Terima RM12,000”

Hanya aktifkan melalui aplikasi THiJARI je.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Astro Awani
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khairat kematian Tabung Haji sebenarnya antara perlindungan paling berbaloi, tapi masih ramai yang terlepas pandang

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Threads berkongsi langkah-langkah mudah untuk mengaktifkan khairat kematian itu di aplikasi THiJARI.

Dengan bayaran serendah RM28 setahun, pencarum layak menerima bantuan khairat kematian sebanyak RM12,000 sekiranya berlaku kematian, dan wang tersebut akan disalurkan kepada waris yang didaftarkan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kerjaya

Cara daftar khairat kematian Tabung Haji (melalui THiJARI)

SAYS.com
Image via @hmdhazmi (Threads)

Pendaftaran boleh dibuat terus melalui aplikasi THiJARI, tanpa perlu ke kaunter.

Langkah-langkah:

  1. Buka aplikasi THiJARI
  2. Pilih Menu
  3. Klik TH Khairat
  4. Pilih Pendaftaran
  5. Isi maklumat yang diminta

Penting!
Penerima manfaat mestilah:

– Mempunyai akaun Tabung Haji sendiri
– Berumur 18 tahun ke atas

Jangan lupa renewal setiap tahun

SAYS.com
Image via Astro AwaniImage via

Khairat kematian ini perlu diperbaharui setiap tahun. Syarat utamanya adalah:

  • Akaun Tabung Haji mesti ada minimum RM100
  • Pembaharuan akan dibuat secara auto-renewal

Kalau baki tidak cukup RM100, perlindungan takkan diperbaharui. Untuk mengelakkan masalah baki tak cukup, cara paling senang ialah aktifkan direct debit.

Dengan auto debit, tak ada isu terlupa top-up atau akaun tak cukup baki setiap kali renewal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: