Ramai Puji Design Surau & Tandas Di R&R Highway PLUS – “Arkitek Malaysia Memang Genius”
Memang best, lagi-lagi kalau R&R yang baru renovate!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Reka bentuk tandas dan surau kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang mesra pengguna mendapat pujian orang ramai baru-baru ini
Menerusi sebuah hantaran di Threads, orang ramai dilihat memuji reka bentuk surau dan tandas yang ada di kawasan R&R sesuai dengan keadaan dan kegunaan rakyat Malaysia.
Pemilik hantaran tersebut, @syaaazami yang memulakan perbincangan topik itu memuji reka bentuknya yang mempunyai ciri pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
"Genius betul la toilet dan surau r&r guna open concept. Air flow mantap, bau busuk minimum, lighting perfecto. Malaysian architects are geniuses," tulisnya.

Telah menjadi syarat yang perlu ada dalam reka bentuk pembinaannya
Menerusi tinjauan di bahagian komen, seorang pengguna Threads, @pijahabib mendedahkan reka bentuk yang mesra itu sememangnya adalah syarat yang perlu ada di R&R.
"Dia memang dalam PLUS punya requirement. Diorang dah banyak kaji berdasarkan kes-kes yang pernah jadi kat R&R.
"Contoh surau kena guna tiles macam mana, kena buat apa untuk max ventilation and max lighting, kat mana kena letak tempat solat untuk disable, kena provide changing room untuk female.
"Pernah involve design untuk R&R Ayer Keroh dan belajar banyak benda. Tapi itulah, hari pertama buka lepas renovate, kepala paip dah kena curi," tulisnya.
Komen-komen lain pula kebanyakannya bersetuju dengan hantaran tersebut di samping menyebut lokasi reka bentuk fasiliti R&R yang menjadi kegemaran mereka.



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 