Ramai Mangsa Gangguan Seksual ‘Online’ Tak Sedar Boleh Cari Keadilan Melalui Tribunal
Tribunal ini merupakan inisiatif yang sangat mudah diakses kerana mangsa boleh mewakili diri tanpa perlu peguam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Individu yang menerima gangguan seksual dalam talian boleh bawa kes ke Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) untuk mendapatkan keadilan
Menerusi laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata di bawah undang-undang tersebut, mangsa yang menerima komen jelik atau eksploitasi dalam talian mempunyai hak untuk memfailkan saman di tribunal untuk semakan.
Menurutnya, tribunal yang ditubuhkan pada Mac 2024 itu sangat mudah diakses kerana mangsa boleh mewakili diri mereka tanpa perlu peguam dan semua kes yang dibawa ke tribunal mesti diselesaikan dalam tempoh 60 hari.
"Jika gangguan ini berlaku dalam talian, mengikut undang-undang, kita sebenarnya boleh pergi ke TAGS dan hakim akan memutuskan sama ada ini merupakan gangguan seksual.
"Mereka akan tentukan sama ada permohonan maaf diperlukan atau kadang-kadang kita boleh mendapat wang ganti rugi," katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (tengah).
Image via MCICabaran tetap ada jika kes melibatkan pelaku yang tidak diketahui identitinya
Teo berkata berbeza dengan gangguan fizikal, pelaku gangguan dalam talian sering bersembunyi di sebalik gambar profil palsu atau akaun anonim, menyebabkan sukar bagi mangsa untuk mendapatkan pembelaan.
"Apabila seseorang berkata sesuatu yang sangat seksis kepada kita dalam talian, bagaimana seorang mangsa boleh memulakan tindakan undang-undang apabila pelaku tiada wajah, tiada nama dan tiada akauntabiliti?" katanya.
Teo turut menekankan ancaman yang semakin meningkat daripada keganasan digital yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) seperti pornografi deepfake yang memberi kesan buruk kepada wanita dengan menegaskan bahawa platform teknologi tidak boleh menafikan tanggungjawab mereka dan mesti dipertanggungjawabkan atas alat yang memudahkan perbuatan sedemikian.
"Kita mesti menuntut tadbir urus AI yang inklusif jantina, dengan wanita di setiap meja pembuatan keputusan. Kita juga perlu memiliki budaya akauntabiliti dengan syarikat-syarikat tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan 'algoritma yang melakukannya' dan bertindak seolah-olah mereka langsung tiada tanggungjawab," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 