Ramai Cikgu Tak Minat Sertai Latihan Lantikan Pengetua, Guru Besar Sebab Kadar Elaun Rendah

Latihan tersebut dipanggil program Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pemimpin Pendidikan (NPQEL)

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui kadar elaun rendah untuk guru yang menyertai program Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pemimpin Pendidikan (NPQEL) sebelum dilantik sebagai pengetua dan guru besar (PGB), antara punca ia kurang mendapat sambutan

NPQEL adalah program pembangunan kepimpinan pendidikan selama setahun melatih dan menyediakan pemimpin sekolah berpotensi terutama PGB, dengan dikendalikan Institut Aminuddin Baki (IAB).

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata penetapan elaun itu dibuat mengikut jumlah yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam penggredan dan penskiman sedia ada.

Beliau berkata, kadar elaun diberikan kepada guru yang menyertai NPQEL masing-masing sebanyak RM300 bagi pengetua dan RM200 untuk guru besar.

"Saya ketika bertemu potensi guru dan pelapis PGB sering menasihati mereka apabila berada dalam bidang pendidikan, ia adalah tanggungjawab dan peranan penting untuk mendidik murid, bukannya sekadar jawatan semata-mata.

"Paling utama, kita perlu tanam semangat tanggungjawab bagi memastikan kelangsungan ekosistem pendidikan dengan baik, selain memastikan ada kepemimpinan baik," katanya.

Akuinya, faktor ketersediaan calon pelapis bagi dilantik PGB turut menyumbang kepada isu kekurangan pengetua dan guru besar di sekolah seluruh negara.

SAYS.com

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Image via Bernama

Slot tahun 2025 dibuka paling tinggi sejak 2021

Kah Woh berkata IAB tahun ini membuka sebanyak 1,652 slot NPQEL, tertinggi sejak 2021 dengan jumlah itu melangkaui kuota kira-kira 800 hingga 1,100 yang biasa diberikan sebelum ini.

Katanya, pembukaan slot NPQEL yang lebih banyak itu diharapkan mampu menyelesaikan isu kekurangan PGB, selain menasihati lembaga pengelola sekolah (LPS) sekolah mubaligh di seluruh negara menyediakan pelapis pemimpin mencukupi.

Ini disebabkan pengisian PGB di sekolah mubaligh dibuat mengikut prinsip rundingan maksimum antara LPS dan KPM bagi memastikan calon PGB yang dilantik dapat dihantar ke sekolah berkenaan.

"KPM juga ingin meraih komitmen dan kerjasama LPS bagi mencalonkan dan menyediakan pelapis pemimpin mencukupi. KPM sedia memberi slot mencukupi bagi latihan MPQEL tetapi perlu juga calon dikemukakan daripada LPS.

"Ini kerana prinsip berkenaan penting bagi LPS untuk memastikan calon hendak dihantar ke NPQEL tersedia dengan pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya selama tiga tahun serta syarat am dan khas yang lain.

"Enam daripada 122 sekolah menengah mubaligh dalam sistem KPM masih mengalami kekosongan pengetua. Tiga daripadanya sudah pun memiliki calon sedang memangku atau akan tamat kursus MPQEL tahun ini, manakala bakinya masih belum mempunyai calon," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: