Rakyat Yang Tinggal Di KL Perlu Ada Pendapatan Minimum RM3,000 Setiap Bulan Untuk Hidup
Difahamkan, individu yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur perlu mempunyai minimum jumlah tersebut bagi menampung perbelanjaan asas bulanan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia yang tinggal di bandar perlu memperoleh pendapatan bulanan minimum RM3,000 untuk menampung perbelanjaan sara hidup asas
Menerusi laporan New Straits Times, angka itu merupakan penanda aras lebih realistik daripada gaji minimum kerajaan RM1,700, yang dilihat memaksa ramai keluarga tinggal di bandar melakukan pelbagai pekerjaan.
Menurut pakar ekonomi, Pensyarah Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata penetapan gaji minimum perlu mengambil kira faktor geografi dan jenis pekerjaan, memandangkan keperluan bandar jauh berbeza berbanding di luar bandar.
"Gaji RM1,700 mungkin sesuai dengan buruh tidak mahir seperti pekerja asing di kilang atau sebagai pengawal keselamatan. Tetapi pekerja tempatan, terutama di bandar, memerlukan lebih banyak.
"Mereka perlu membayar sewa, bil utiliti dan tanggungan sokongan, manakala pekerja asing selalunya boleh berkongsi tempat tinggal yang sempit dengan sehingga 20 orang, makan secara minimum, dan menghantar sebahagian besar pendapatan mereka kembali ke negara asal mereka," katanya.

Gambar sekadar hiasan
Image via Utusan/ Iskandar IshakRamai pekerja tempatan, khususnya dalam sektor pelancongan, perladangan dan pertanian dilihat masih memperoleh pendapatan di bawah RM1,700
Barjoyai berkata, walaupun telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos, perkara ini masih berlaku menyebabkan ramai antara mereka berada di bawah tekanan besar kerana jumlah gaji yang gagal memenuhi komitmen harian.
Bagaimanapun, beliau juga berkata kenaikan gaji ini secara mendadak boleh memberi kesan negatif kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).
"Banyak perniagaan mungkin ditutup jika mereka tidak mampu menampung kos perbelanjaan.
"Penyelesaian jangka panjang ialah menyediakan peluang kemahiran semula dan peningkatan kemahiran supaya rakyat Malaysia boleh beralih kepada pekerjaan bergaji tinggi," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Niaga TimesDekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri pula berpendapat penduduk bandar sepatutnya memperoleh antara RM2,300 dan RM5,000 sebulan
Menurutnya, perkara ini untuk memenuhi keperluan harian dan kos sara hidup moden, berdasarkan tanda aras Perbelanjaan Asas untuk Kehidupan Layak (PAKW).
Mohamad Fazli berkata purata perbelanjaan minimum untuk seorang di ibu negara boleh mencecah RM2,200 sebulan, meliputi sewa, pengangkutan dan makanan, tetapi tidak termasuk simpanan, insurans atau dana kecemasan.
"Walaupun gaji minimum berfungsi sebagai garis asas untuk pendapatan, ia perlu dikaji semula.Peraturan belanjawan 50:30:20 yang memperuntukkan 50 peratus untuk keperluan, 30 peratus untuk kehendak, dan 20 peratus untuk simpanan atau pembayaran balik hutang sesuai bagi mengekalkan keseimbangan kewangan.
"Bagaimanapun, perkara ini hanya berfungsi apabila pendapatan sepadan dengan kos sara hidup. Realitinya, ramai yang tidak boleh bergantung kepada gaji minimum sahaja dan perlu mencari pendapatan tambahan melalui kerja sambilan, perniagaan atau pelaburan," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), berkata kerajaan mesti menilai semula tahap gaji semasa bagi melihat realiti keadaan dan membantu rakyat membebaskan diri daripada tekanan kewangan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 