SABAH QUAKE: Rakyat Marah Warisan Agung Sabah Dihina Dan Dicemar Oleh Pendatang Bogel
Sebagai pelawat, kita sememangnya perlu menghormati budaya dan adat resam sesuatu kaum di sesebuah tempat. Jangan sesekali mencemarnya dengan kelakuan tidak senonoh.
Cover image via Facebook Emil Kaminski[TERKINI] Tahukah Anda Emil Kaminski Sebenarnya Langsung Tak Datang Sabah?
Image via Facebook Emil Kaminski
Ya, benar! Rasanya seluruh rakyat Malaysia, malah satu dunia telah tertipu dengan helah yang digunakan Emil.
Dalam video terbarunya di Monkeetime, Emil menerangkan betapa mudahnya beliau menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia melalui beberapa *posting* di Facebook. Segala yang dimuat naik itu dibuat semata-mata untuk melihat reaksi orang ramai terhadapnya. Lebih menarik, semuanya tidak benar!
Daripada gambar beliau bersama sekumpulan pelancong yang bogel di atas puncak Gunung Kinabalu beserta kapsyen 'Mount Kinabalu. Time of my life', ke gambar beliau pekan Tawau yang menunjukkan seolah-olah beliau berada di situ, segalanya hanyalah palsu.
Image via Facebook Emil Kaminski
Tak percaya? Saksikan video terbaru Monkeetime DI BAWAH:
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan menyifatkan gempa bumi yang melanda Sabah adalah berikutan daripada perbuatan sekumpulan pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu
Image via mountdweller.blogspot.com
Ketua Imam puak Bobolian, Tindarama Aman Sirom turut bersetuju dan berkata tindakan mereka itu telah menimbulkan kemarahan roh-roh dan pelindung gunung, dan mereka seharusnya dihukum dengan memberi 10 ekor kerbau
Image via www.malaysia-chronicle.com
Menurut sumber, salah seorang yang dipercayai terlibat dalam aksi bogel tersebut adalah Emil Kaminski. Akaun Facebook Emil dikatakan telah ditemui atas hasil carian orang ramai di laman sosial tersebut.
Image via Facebook Emil Kaminski
Emil bagaimanapun langsung tidak gentar dan terus bertindak biadap. Dalam posting terbarunya semalam, Emil sempat mengutuk bandar Tawau dan penduduknya yang dikatakan bodoh serta tidak mempunyai akses Internet.
Image via Facebook Emil Kaminski
Sementara Itu, Emil juga dipercayai mempunyai rancangan TV persendirian di YouTube yang diberi nama Monkeetime. Rancangan ini banyak berkisar tentang pengembaraan beliau ke merata-rata tempat di seluruh dunia.
Sama seperti akaun Emil, Monkeetime juga tidak melepaskan peluang menyelar, mempersoal, dan mentertawa "kewarasan" menteri-menteri dan penduduk Sabah yang mengaitkan insiden gempa bumi itu dengan aksinya berbogel di atas puncak gunung
Monkeetime juga sempat menerbitkan video terbaru berjudul Trolling Malaysia untuk terus mengutuk dan mempersenda rakyat Malaysia. Beliau jelas sekali langsung tidak takut kepada segala ugutan dan kecaman yang diterima. VIDEO PENUH:
Penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Emil (dan Monkeetime) seolah-olah seperti sengaja mahu menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Dan ternyata, usaha beliau memang membuahkan hasil.
Image via Facebook Monkeetime
Seorang netizen turut bersetuju bahawa gempa bumi di Sabah terjadi disebabkan upacara bogel yang dilakukan para pelancong itu di atas Gunung Kinabalu. Beliau menganggap tidak ada sebab lain yang lebih kukuh.
Image via Facebook Monkeetime
Meskipun begitu, tidak semua pihak yang percaya kepada dakwaan berkenaan
Image via Facebook Monkeetime
Image via Facebook Monkeetime
Rakyat Sabah tidak meminta banyak. Cukuplah sekadar menzahirkan rasa hormat terhadap gunung agung yang dipelihara sejak turun temurun. Mereka sangat terkesan dengan apa-apa kelakuan tidak senonoh yang mencemar kesucian Gunung Kinabalu.
Image via Facebook Monkeetime
Image via Facebook Monkeetime
Image via Facebook Monkeetime
Farhana Abdul Fatah, seorang pensyarah berketurunan Dusun berasa sangat tersinggung dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Menurutnya, warisan nenek moyang penduduk Sabah telah diludah, dihina, dipijak, dan kini cacat buat selama-lamanya.
Sementara itu, hasil carian orang ramai di Internet juga telah menemukan screenshot pas masuk AirAsia milik Emil Kaminski yang dijadual akan tiba di Kuala Lumpur dari Tawau pada esok hari (Rabu, 10 Jun 2015) jam 12.55 tengahari
Image via twitter.com
Jadi, adakah wajah ini bakal diserbu di KLIA? Atau adakah beliau akan ditangkap oleh pihak berkuasa sebaik tiba di Kuala Lumpur?
Image via Facebook Emil Kaminski

