Rakyat Malaysia Turut Terlibat Dalam Pembikinan Filem Fantastic Four, Nama Terpapar Dalam Kredit

Wah, kami pun tumpang bangga!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Linkedin & IGN
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan sahaja sekadar telibat dalam pembikinan, nama seorang rakyat Malaysia turut terpapar dalam kredit filem Marvel, The Fantastic Four: First Steps

Itulah yang dikongsi Ahmad Hamidullah dalam sebuah hantarannya di Threads berkongsi bersyukur dapat melihat namanya turut terpapar pada kredit filem tersebut.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia terlibat dalam filem produksi Marvel dan kali ini namanya telah diletakkan pada kredit selepas habis filem ditayangkan.

"Alhamdulillah. Another year, another Marvel movie. This time dapat credit in Fantastic 4," tulisnya.

Terlibat dalam proses post-production

Menerusi tinjauan di bahagian komen, Ahmad memberitahu dia telah terlibat dalam pembikinan post production filem terbabit di samping turut memaklumkan dia telah terlibat dalam beberapa rancangan TV dan filem daripada Marvel.

"Ya, post production. A couple of movies and tv series, Aku specific buat texture. KL team mainly handle 3D asset.

"Untuk Fantastic 4 ni mainly scene untuk Moleman, Subteranea. Bas retro, underground scene tu banyak kitorang buat.

"Nama company ada dekat gambar tu. Base FX. Ada kesempatan nanti insyaAllah saya share," jelasnya.

Syarikat kesan khas yang terlibat terletak di Kuala Lumpur

Menerusi temubual bersama Ahmad, dia memaklumkan penglibatannya dalam filem tersebut adalah sebagai Senior Texture Artist di Base FX di Kuala Lumpur.

"Semua melibatkan dari Layout, Matchmove, 3D asset, Look Development, Rigging & Animation, Lighting & Compositing. Memang a huge team effort," katanya.

Sudah menyertai syarikat berkenaan sejak 2018, dia turut berkongsi sudah terlibat dalam rancangan TV dan filem seperti Iron Heart, NeZha 2, Deadpool & Wolverine, Star Wars ix – Rise of Skywalker, The Mandalorian S1, Out of Nest dan Willy's Wonderland.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: