Rakyat Malaysia Terhibur Dengan Posting Kreatif Media Sosial Restoran ‘Banana Leaf’ – “Approved!”

Luar kotak content diorang ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kanna Curry House
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran di Kuala Lumpur, Kanna Curry House, telah mendapat perhatian ramai menerusi hantaran media sosial yang menghiburkan

Apa yang bermula sebagai kandungan ringkas kini telah bertukar menjadi siri hantaran kreatif dan menghiburkan dibintangi oleh kakitangan mereka sendiri, terutamanya seorang lelaki bernama Sathish, yang secara tidak sengaja telah menjadi watak utama.

Sebuah hantaran yang benar-benar menarik perhatian rakyat Malaysia adalah sebuah hantaran memaparkan Sathish bergambar di hadapan kamera dengan kapsyen yang berbunyi, "Bos kata jika post ini dapat 100 ribu likes, saya boleh pergi bercuti."

Rakyat Malaysia sporting memeriahkan hantaran berkenaan

Ruangan komen dipenuhi dengan sokongan ramai rakyat Malaysia, dengan ramai pengguna Instagram berkongsi hantaran tersebut dengan rakan, menambah jumlah like dan menyokong Sathish sepenuh hati.

SAYS.com
Image via @kannacurryhousekl (Instagram)

Video susulan kemudiannya dikeluarkan, mengesahkan 'kemenangan' Sathish, "Bos dah approved! Terima kasih atas sokongan anda yang luar biasa, Keluarga Kanna!"

Kanna Curry House juga mengusik bahawa rancangan percutian Sathish sedang dirancang, dengan kemas kini yang mengatakan bahawa perjalanan itu secara rasmi akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

SAYS.com
Image via @kannacurryhousekl (Instagram)

Lihat hantaran-hantaran luar kotak yang lain daripada media sosial premis itu di bawah:

Rakyat Malaysia di ruangan komen dilihat sangat menyukai setiap hantaran dan ramai yang memuji betapa original dan lucunya perkongsian mereka

SAYS.com
Image via @kannacurryhousekl (Instagram)
SAYS.com
Image via @kannacurryhousekl (Instagram)
SAYS.com
Image via @kannacurryhousekl (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik