Rakyat Malaysia Rompak Hampir RM1 Juta Barang Kemas Di Hat Yai Sebenarnya Pembunuh Upahan
Sebelum ini, polis Thailand menawarkan RM13,000 kepada sesiapa yang menjumpai suspek.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada Selasa, 8 April lalu, seorang rakyat Malaysia diburu polis Thailand selepas merompak sebuah kedai emas di Hat Yai
Menurut laporan Kosmo!, polis Thai telah menawarkan hadiah berjumlah RM13,000 (THB100,000) kepada sesiapa yang dapat menangkap suspek terbabit.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Yee Boon Long, 61, melarikan diri dengan barang kemas bernilai kira-kira RM909,500 (THB7 juta).
Walau bagaimanapun, suspek telah diberkas di Terminal Bas Selatan, Bangkok semalam, kata seorang pegawai daripada Polis Wilayah Rantau 9.
Image via Kosmo!
Menurut laporan Kosmo!, sebuah laman berita Thailand melaporkan suspek diberkas bersama 69 rantai emas, sepucuk senjata api dan peluru ketika turun daripada bas yang melakukan perjalanan dari Hat Yai. Kemudian, suspek dihantar ke wilayah Songkhla untuk pendakwaan.
Suspek dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau
Difahamkan, rompakan tersebut dipercayai berlaku pukul 11.55 pagi pada Selasa di kedai emas Thai Udom 2, Jalan Montri 1, pusat bandar Hat Yai.
Suspek yang bertopeng dan membawa senjata api melarikan barang kemas bernilai lebih 7 juta baht sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.
Image via NST
Menurut polis, suspek pernah merompak sebuah kedai emas di Hat Yai pada tahun 2017 dan dibebaskan dari penjara kira-kira setahun setengah yang lalu.
Malah, suspek juga dilaporkan pernah merompak sebuah kedai emas di Butterworth, Seberang Perai kira-kira 20 tahun lalu.
Dia didakwa melarikan emas bernilai 50 juta baht (RM6.6 juta) dalam rompakan tersebut sebelum melarikan diri ke Thailand.
Menurut sumber sama, Yee juga dikehendaki di Malaysia kerana bekerja sebagai pembunuh upahan dengan 10 mangsa dikaitkan dengannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 