Rakyat Malaysia Kini Boleh Mohon Lesen Fizikal Tanpa Perlu Bagi Bukti Keluar Negara – JPJ
Terbaiklah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada lagi bukti perjalanan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk permohonan lesen memandu fizikal bermula 23 Januari
Menerusi laporan Free Malaysia Today, Kementerian Pengangkutan menerusi sebuah kenyataan memaklumkan warganegara hanya perlu membayar RM20 untuk mendapatkan lesen memandu fizikal, manakala bukan warganegara perlu membayar RM100.
"Orang ramai mempunyai pilihan untuk memohon cetakan kad fizikal lesen memandu di semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara
"Ianya adalah secara terbuka dan tidak terhad kepada kategori yang ditetapkan pada sebelum ini," katanya.
Langkah tersebut diambil susulan usaha berterusan kerajaan untuk mendigitalkan lesen memandu di bawah dasar yang diperkenalkan pada Februari 2023.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SAYSInisiatif tersebut membolehkan pemandu membaharui lesen digital melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ
Difahamkan, langkah baharu ini bertujuan mengurangkan masalah birokrasi serta menyediakan pilihan yang lebih mudah untuk rakyat Malaysia.
Sebelum ini, pemohon perlu menunjukkan bukti perjalanan antarabangsa seperti tiket penerbangan untuk mendapatkan kad fizikal.
Kementerian turut mengesahkan bahawa kumpulan sedia ada yang layak menerima lesen fizikal secara percuma adalah termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, pemegang lesen Kelas A1 dan A, serta orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar.
Kementerian Pengangkutan dan JPJ menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan sepenuhnya lesen memandu digital melalui aplikasi MyJPJ untuk pengalaman yang lebih pantas, lancar, dan mudah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 