Rakyat Malaysia Diseru Tunjuk Sifat Ramah & Mesra Sambut Pelancong – Menteri Pelancongan

Budi bahasa budaya kita.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kementerian Pelancongan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru rakyat Malaysia mempamerkan sikap ramah dan mesra bagi menyambut kehadiran pelancong antarabangsa

Menerusi laporan Berita RTM, perkara ini dapat memainkan peranan yang penting selaras dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Beliau berkata, kementerian telah menerima beberapa aduan berkaitan sikap segelintir pihak yang kurang mesra terhadap pelancong khususnya apabila pelancong mengemukakan pertanyaan.

"Saya telah meminta penjelasan daripada agensi berkaitan dan dimaklumkan terdapat keadaan di mana pelancong dilayan dengan sikap kurang mesra, malah ada yang menunjukkan kemarahan.

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar bersama-sama membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mesra dan budaya kita harus mencerminkan sikap mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia," katanya.

SAYS.com

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

Image via Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Kebersihan persekitaran turut menjadi aspek yang perlu diambil berat

Menurutnya, pembinaan imej positif negara bukan sahaja terletak kepada usaha kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh rakyat yang turut merangkumi kebersihan persekitaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1), Sepang semalam.

Mengulas mengenai promosi VM2026, Tiong berkata usaha yang dilaksanakan setakat ini menunjukkan perkembangan positif serta menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa.

Terdahulu, Tiong bersama warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya termasuk Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan, menyambut ketibaan pelancong dengan menyerahkan beg cenderahati kepada mereka.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta penampilan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: